Collymore: Virgil Van Dijk Tiada Sifat Tanggungjawab Seperti Alan Hansen

Virgil van Dijk

Bekas penyerang Liverpool, Stan Collymore tanpa berselindung mengakui bahawa Virgil van Dijk tidak mempunyai sifat tanggungjawab yang hebat seperti ditampilkan dua pertahanan legenda kelab tersebut, Alan Hansen dan Mark Lawrenson.

Pendapat itu disuarakan selepas Liverpool dirundung malang apabila dibelasah tanpa belas kasihan oleh Aston Villa 2-7 pada aksi keempat Liga Perdana Inggeris (EPL) 2020/21 di Villa Park, tempoh hari.

Sehubungan dengan itu, Collymore turut merasakan ‘seni bertahan yang sudah mati’ ditampilkan skuad juara bertahan tersebut susulan para pemain Aston Villa kelihatan begitu mudah memperkotak-katikkan jentera pertahanan dikepalai van Dijk.

”Sekiranya kita memerlukan bukti untuk menunjukkan bahawa seni bertahan yang telah mati, kemudiannya Liverpool dan Manchester United telah membuktikannya pada Ahad lalu.”

”Liverpool khususnya memegang status selaku penyandang juara Liga Perdana Inggeris, Liga Juara-Juara Eropah dan juara dunia,” ujar Collymore menurut laporan Goal.

”Dan apa yang amat membimbangkan saya tentang persembahan mereka adalah hakikat bahawa Aston Villa tidak perlu mematahkan kehendak mereka untuk menjaringkan tujuh gol. Mereka hanya menuju ke hadapan dan Ollie Watkins mudah melepasi pertahanan dengan begitu sahaja.”

”Saya tidak mengatakan bahawa Van Dijk tentang apa pun selain daripada pemain bola sepak kelas dunia gred A, kerana kita semua mengenalinya.”

”Tetapi apa yang menganggangu saya adalah betapa kecilnya tanggungjawab dia atau orang lain dengan jersi Liverpool yang dipakainya.”

”Hansen dan Lawrenson akan segera mengetahui bahawa sebuah pasukan sedang mengejar mereka dan akan mengambil tanggungjawab [melindungi pasukan]. Bertahan selama lima atau enam minit untuk memaksa pemain lawan mencuba untuk mencari cara berbeza untuk menembusi garisan pertahanan.”

”Tetapi pada akhir-akhir ini, seperti tiada apa yang berubah. Seolah-olah pemain dan pengurus menunggu sehingga ke separuh masa untuk orang lain menyelesaikan masalah atau akhir permainan untuk melakukan pemeriksaan.”

”Bahkan, para pengurus seperti ingin terus melakukan perkara yang sama meskipun ianya tidak berhasil. ‘Kerana, itulah cara kami bermain’,”

Kredit featured image: Matthew Ashton – AMA/Getty Images

Baca artikel lain dari kami mengenai Virgil van Dijk:

Leave a Reply