Umum mengetahui mengenai hasrat Lionel Messi untuk meninggalkan Barcelona selepas kekecewaan yang beliau hadapi terutamanya pada musim ini.
Walaupun Presiden Barcelona, Josep Bartomue cuba memperbaiki keadaan dengan mengatakan Messi akan terus kekal, namun beberapa pasukan seperti Manchester City, Inter Milan dan Paris Saint-Germain dilaporkan sudah bersedia untuk menerima kedatangannya.
City Dalam Kedudukan Terbaik Untuk 'Rampas' Messi Dari Barcelona https://t.co/IHBqn6wqGt pic.twitter.com/wylbK4hLBZ
— Semuanya BOLA (@mysemuanyabola) August 17, 2020
Persoalannya, adakah Barcelona sudah bersedia untuk kehilangan pemain Argentina itu yang sudah lebih sedekad menjadi tunjang utama pasukan? Lebih penting lagi, siapakah pemain yang diharapkan dapat menggantikan pemain terbaik sepanjang zaman mereka itu?
Selepas diaibkan dengan kekalahan 8-2 kepada Bayern Munich dalam perlawanan suku akhir Liga Juara-Juara Eropah (UCL) tempoh hari, Quique Setien telah dipecat serta merta dan digantikan dengan Ronald Koeman yang diharapkan dapat mencipta revolusi baharu.
Bekas Ketua Jurulatih Belanda itu tanpa membuang masa telah menyenaraikan beberapa nama pemain untuk dijual. Antaranya Gerrard Pique, Luis Suarez, Arturo Vidal, Ivan Rakitic dan Sergio Busquet yang semuanya sudah berusia 30 tahun ke atas.
Reports: Barça new coach Ronald Koeman and the club has communicated to Suarez, Vidal, Rakitic and Umtiti that they do not count on them for the upcoming season. They have asked Vidal to look for a new club.
— FC BARCE🔟NA WORLD (@SupportLeoMessi) August 24, 2020
👫 #SupportLeoMessi pic.twitter.com/omv4CvPu2k
Dengan kontrak semasa Messi juga hanya tinggal setahun sahaja lagi, sebahagian ahli lembaga pengarah Barcelona lebih cenderung untuk pihak kelab menjual pemain berusia 33 tahun itu. Sudah tiba masanya untuk membina pasukan dengan muka-muka baharu yang terdiri daripada pemain-pemain muda.
Oleh yang demikian, kelab Catalan itu melihat sasaran utama mereka sekiranya Messi meninggalkan kelab pada musim panas ini adalah penyerang Juventus, Paulo Dybala.
Merujuk laporan media Itali, pemain Argentina berusia 26 tahun itu telah menuntut kepada Juventus untuk menaikkan gaji mingguannya dua kali ganda sehingga £260,000 seperti gaji mewah yang dinikmati oleh Cristiano Ronaldo, Matthijs de Ligt dan Gonzalo Higuain.
Barcelona Eye Dybala As Potential Replacement For Messi – https://t.co/VDaIhTZ7t9 pic.twitter.com/oWLr1FhhjE
— TheGistDay (@Thegistday) August 24, 2020
Ronald Koeman sebelum ini juga pernah menzahirkan pendapatnya secara tersebut untuk menggantikan ‘kuda tua’ seperti Suarez, Pique dan Busquet, kemudian memastikan Frenkie de Jong dan Antoine Griezmann kembali beraksi di posisi yang sepatutnya.
Messi sudah pun berbakti selama 17 tahun dalam karier profesionalnya di Nou Camp. Beliau merupakan penjaring terbanyak Barcelona dengan mencetak 634 gol dalam 731 perlawanan. Rekod tersebut tentunya terlalu jauh dan sukar untuk dipecahkan oleh mana-mana pemain.
Kehadiran Dybala bukanlah untuk melahirkan seorang lagi ‘Messi’, tetapi sebagai pemain yang dapat menampung atau mengimbangi pasukan. Sudah tiba masanya untuk memulakan era baharu Barcelona di bawah Koeman.
Ronald Koeman:
— Football Tweet ⚽ (@Football__Tweet) August 23, 2020
🗣️ "The plan is to play both Frenkie De Jong and Antoine Griezmann in their positions. You’ve spent a lot of money on a player. You should then play them in their own position. De Jong will play where he plays for the national team and Griezmann is not a winger." pic.twitter.com/cSK8m3WwB5
Kredit Foto: Ebene Magazine
Baca juga artikel kami yang lain mengenai Barcelona: