Mental Pemain KL City Terjejas Selepas Tewas Besar Kepada JDT Semalam

Kuala Lumpur City (KL City) yang masih lagi segar dengan kemenangan perlawanan lalu ke atas Kedah Darul Aman (KDA), kini jelas berada dalam keadaan serba tidak baik apabila merekodkan kekalahan di tangan Johor Darul Ta’zim (JDT), semalam.

Menerusi kekalahan besar skuad kendalian Bojan Hodak semalam di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri dengan keputusan 0-5, jelas mereka perlu kembali membuat sesuatu untuk menaikkan kembali moral bagi aksi seterusnya.

Jelas Bojan, ketika ini beliau akui perlu segera memperbaiki mental para pemain sebelum aksi Piala AFC Zon Asean seterusnya di Ho Chi Minh, Vietnam untuk pusingan separuh akhir saingan tersebut.

Menurut Bojan, kekalahan besar semalam di tempat lawan jelas menjejaskan semangat para pemainnya untuk kembali bangkit pada perlawanan menentang Viettel FC di Stadium Thong Nhat pada 10 Ogos ini dan mereka perlu membuat sesuatu agar mental pasukan kembali berada pada tahap terbaik.

“Kekalahan besar kepada JDT sudah tentu menjejaskan mental setiap pemain selepas kami tampak gembira selepas menang 2-1 ke atas Kedah (Darul Aman FC) tapi rentak kemenangan itu tidak berterusan sebaliknya kami tumpas dengan jaringan yang banyak.

“Ada sekurang-kurangnya seminggu untuk pulihkan mental pemain supaya bersiap sedia berdepan kelab dari Vietnam itu dan saya optimis dalam tempoh itu, pemain akan kembali bangkit dan saya perlu beri mereka motivasi untuk kembalikan semangat setiap pemain,” katanya menerusi Harian Metro.

Berikutan beberapa pemain yang dilanda isu kecederaan, beberapa rombakan terpaksa dibuat oleh pengendali tersebut pada perlawanan semalam dengan menyenaraikan skuad yang sedikit tidak lengkap untuk menghadapi JDT.

Tambah beliau, selepas mereka kehilangan khidmat lapan pemain termasuk empat tonggak utama, ianya sesuatu yang sangat buruk berlaku buat pasukan di tempat lawan dengan barisan simpanan gagal untuk memberi aksi lebih konsisten sehingga mudah dibelasah tuan rumah.

“Saya tidak dapat turunkan Irfan (Zakaria), Kenny (Pallraj), J Partiban dan Zhafri (Yahya). Kesemua pemain ini tonggak utama malah beberapa pemain yang saya turunkan pada perlawanan itu ada yang pertama kali beraksi.

“Walaupun tumpas tapi kami masih berada di tangga keempat liga dan perlu bangkit untuk kembali menyaingi kedudukan di kelompok terbaik liga. Saya percaya pemain mampu beri persembahan terbaik pada aksi akan datang,” kata Hodak.

Sumber:
Harian Metro

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN