Jersi Terengganu ‘Mendonia’ Lagi Selepas Disarung Penyokong England Di Final Women’s EURO

jersi Terengganu

Tak sampai dua bulan selepas jersi Terengganu tular di dunia maya, sekali lagi reputasi pasukan itu ‘mendonia’ apabila gambar seorang pemuda menyarung uniform rasmi kelab tular.

Sebelum ini, Terengganu menjadi tumpuan dunia maya apabila seorang penstrim Twitch yang merupakan pemain FIFA terkenal iaitu Danny Aarons telah menerima jersi pasukan Pantai Timur itu.

Jersi yang diterima beliau yang merupakan uniform ketiga Terengganu musim ini pada mulanya kelihatan buruk, namun selepas dilihat secara keseluruhan barulah ianya dianggap cantik dan ‘W’!

Malah, penonton strim beliau turut bersetuju yang jersi ketiga Terengganu cukup cantik lagi lawa.

Disangka Buruk, ‘Mat Saleh’ Ini Terkejut Betapa Cantiknya Jersi Terengganu

Lagi sekali ‘mendonia’

Terkini, jersi Terengganu sekali lagi menjadi tumpuan apabila ianya disarung oleh seorang pemuda yang menyaksikan perlawanan akhir Womens’ EURO di England.

Jersi yang disarung itu merupakan jersi utama Terengganu pada 2018 yang menyaksikan jenama Chicken Cottage menjadi penaja.

Ianya adalah salah satu daripada dua jersi utama Terengganu untuk musim 2018 dengan jersi ini disarung untuk saingan Liga Super dan Piala FA.

Satu lagi jersi yang rekaan serba putih pula digunakan khas ketika Piala Malaysia musim yang sama. Ketika itu, Terengganu layak ke perlawanan akhir namun kalah kepada Perak.

Gambar pemuda itu yang meraikan kejayaan England menjuarai Women’s EURO kemudiannya menjadi paparan utama dalam laporan Wall Street Journal di Amerika Syarikat mengenai kejayaan Lionesses.

Pemuda tersebut barang kali merupakan pengikut karier mantan pemain Terengganu, Lee Tuck yang pernah mencipta sensasi di England selepas berjaya membawa skuad Penyu ke perlawanan akhir Piala Malaysia.

Atau mungkin dia pernah melancong ke Malaysia terutamanya Terengganu lalu membawa pulang jersi tersebut. Boleh juga terjadi yang pemuda itu merupakan pengumpul pelbagai jersi pasukan dari seluruh dunia, siapa tahu kan?

England menewaskan Jerman pada perlawanan akhir untuk merangkul gelaran kejuaraan Eropah yang pertama dalam sejarah.

Mereka perlu menunggu sehingga pasukan wanita untuk menjuarainya selepas skuad lelaki sering gagal di kejohanan antarabangsa.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN