Menjelang Aksi Piala Sumbangsih Berdepan JDT, Renan Alves ‘Hilang’ Lagi

Renan Alves Kedah JDT Piala Sumbangsih 2021

Nampaknya, Kedah Darul Aman FC (KDA FC) terpaksa turun berdepan Johor Darul Ta’zim (JDT) tanpa kelibat pertahanan tengah, Renan Alves pada esok (Jumaat).

Kedah dalam persediaan akhir sebelum membuat perhitungan berdepan JDT dalam aksi pertama Liga Super dan juga Piala Sumbangsih 2021. Namun, diluar jangkaan, pertahanan kental, Renan Alves dilaporkan tidak cergas untuk diturunkan.

Menurut maklumat yang dikongsikan oleh wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam, Renan Alves disahkan tidak cergas sepenuhnya sekali gus dijangka terlepas aksi penting tersebut. Sekali lagi Aidil Sharin terpaksa memerah otaknya.

Ini bukanlah kali pertama Renan Alves terlepas aksi penting, namun sudah beberapa kali beliau gagal untuk tampil beraksi. Pada final Piala FA 2019, Amirul Hisyam terpaksa menjadi taruhan Aidil Sharin sebagai bek tengah ‘tempelan’.

Jadi, apa pula perancangan minit akhir pengendali kelahiran Singapura itu? Berdepan JDT yang serba lengkap, seharusnya Kedah wajib memiliki kekuatan penuh.

Renan Alves juga dilihat sudah membuat kenyataan di laman sosialnya berkenaan kecederaannya dengan memberi bayangan bakal terlepas aksi Piala Sumbangsih, namun telah membuangnya, selepas menerima pelbagai reaksi negatif.

Penyokong skuad Hijau Kuning rata-rata tidak dapat menerima perkhabaran itu dengan menyatakan terlalu kerap perkara sebegini berlaku kepada Renan Alves.

Renan Alves Kedah JDT 2021

 

Kata Renan Alves, “Hanya Tuhan sahaja yang tahu betapa sedihnya saya, betapa saya telah bekerja keras untuk saat ini, betapa saya mahu beraksi di padang untuk perlawanan ini. Adakalanya apa yang kita inginkan, Tuhan tidak berikan.”

“Namun, segalanya bersebab. Kita perlu melaluinya sebagai ahli keluarga yang kuat. Saya percayakan semua pemain dan pengurusan pasukan. Selamat maju jaya buat semua ahli keluarga saya, semoga Tuhan merahmati kamu,” ujarnya.

Adakah sekali lagi Aidil Sharin akan mempertaruhkan Amirul Hisyam sebagai bek tengah? Begitupun, dengan adanya Anumanthan Mohan, rasanya Kedah tidak memerlukan pemain posisi lain untuk menggantikan Renan Alves berdepan JDT.

Pemain tengah kelahiran Singapura itu diketahui mampu beraksi di posisi tersebut dan ia kurang menjejaskan perancangan pasukan yang masih memiliki pemain tengah lain seperti Fadzrul Danel untuk berganding bersama Baddrol Bakhtiar dan Amirul Hisyam.

KREDIT FEATURED IMAGE: KDA FC

Baca lagi artikel lain mengenai Piala Sumbangsih 2021:

Berdepan JDT, Kedah Letak Ilham Amirullah, Shahril Sa’ari Atau Ifwat Akmal?

2 Bekas Pemain Kedah Taruhan Terbaik JDT Pertahankan Piala Sumbangsih?

JDT Boleh Ambil Risiko Letak Safawi Rasid Di Bangku Simpanan Berdepan Kedah?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN