Skandal Calciopoli Dan Juventus
Satu skandal menggemparkan dunia bolasepak berlaku di Italy pada 2006.
Ia turut melibatkan nama nama kelab yang besar termasuk Juventus dan AC Milan. Juventus antara salah satu kelab bola sepak termegah di dunia, telah terjunam ke lembah kehinaan.
Kejuaraan liga Juventus telah ditarik balik, dan dipadamkan dari catatan rekod kejuaraan. Sejarah 109 tahun kelab yang tersohor ini tercemar. Dan ia memang hukuman yang berat dan selayankya kerana skandal ini sangat teruk.
Apa Itu Skandal Calciopoli?
Skandal calciopoli adalah satu sindiket yang mengatur perlawanan secara besar besaran. Ia Terlalu besar dan kompleks berbanding dengan mana mana skandal mengatur perlawanan yang lain yang pernah berlaku di dunia.
Skandal Calciopoli terbongkar pada Mei 2006 melibatkan Juventus, AC Milan, Fiorentina, Lazio dan Reggina. Mereka telah menentukan nasib Liga Italy di tangan mereka dengan komplot yg sangat sistematik.
Rangkaian komunikasi (networking) antara anggota kelab dengan organisasi pengadilan turut terbongkar. Dalam data komunikasi, mereka dengan jelas telah memilih berberapa perlawanan yang tertentu.
“Rangkaian telefon yang bersifat penipuan dan membawa ke dunia yang gelap penipuan, penipuan dan tekanan moral dan politik,” tulis John Foot dalam buku beliau “Calcio”.
Siapa Dalang dan Bagaimana Ia Dilakukan.
Di tengah-tengah sistem rasuah ini ada satu figura yang menjadi dalang kepada mafia bolasepak bernama Luciano Moggi. Beliau adalah pengarah sukan Juventus pada ketika itu.
Siasatan mendapati Moggi menguasai banyak aspek penting dalam bola sepak Itali ketika itu, termasuk manipulasi dalam perpindahan pemain sehingga ke pemilihan pengadil perlawanan.
Sehinggakan liputan perlawanan di televisyen juga di bawah pengaruh Moggi. Pengulas dan penyampai diarahkan untuk meningkatkan imej Juventus secara besar besaran dan dengan ayat ayat yang penuh propaganda pro Juventus.
Moggi menggunakan peras ugut, mafia, rasuah dan ancaman keganasan untuk membina empayar Moggi – Juventus. Orang yang tidak mematuhi arahan beliau akan diserang termasuk serangan ala gangster yang boleh mencederakan.
Budaya Bolasepak Di Itali Juga Antara Penyumbang Kepada Calciopoli
Di Itali, favoritisme dan kronisme terlalu menebal. Kelab-kelab besar sentiasa menerima layanan istimewa, sebahagian besarnya disebabkan oleh pengaruh pemilik yang berkuasa.
Ini kerana di Itali ramai pemilik dan orang penting dalam kelab adalah orang yang berpengaruh dalam politik tertinggi.
Jadi, favoritisme ini kekadang bukan dibayar, sebaliknya berlaku kerana dasar ‘tunduk’ dan ‘hormat’ dengan pengaruh orang tertentu.
Sikap orang Italy sendiri turut dikritik oleh John Foot kerana sentiasa melabel pengadil sebagai rasuah jika mereka tidak berpuas hati.
Misalnya pada Piala Dunia 2002, ketika Italy tewas di tangan Korea Selatan, peminat Italy mendesak Franco Carraro lebih aktif melakukan siasatan ke atas pasukan Korea Selatan.
Ramai individu termasuk pundits sendiri suka mengeluarkan teori ‘rasuah’ mereka sendiri tentang sesuatu perlawanan. Kesannya, ramai juga audien di luar terpengaruh dengan olahan cerita mereka.
Sehingga ada pemain Korea Selatan yang beraksi di Serie A dicemuh dan diugut. Mereka lebih suka menyalahkan orang seperti Cararro berbanding kelemahan dan kesilapan pemain dan pasukan mereka sendiri.
Mereka enggan menyertai ramai peminat bolasepak seluruh dunia memberikan kredit kepada pasukan seperti Korea Selatan yang menewaskan pasukan gergasi seperti Italy.
John Foot menambah :
“Secara ringkasnya, untuk peminat bola sepak Itali, pengadil sentiasa rasuah, melainkan jika dibuktikan sebaliknya,”
“Jadi ada sesetengah pengadil mengambil bahagian dalam Calciopoli kerana mereka berfikir, kalau tak terlibat pun tetap sentiasa dituduh rasuah oleh peminat dan individu tertentu.”
Manipulasi Moggi
Moggi dan Antonio Giraudo (Pegawai kanan Juventus), berterusan menghubungi pengadil untuk mengawal skrip Serie A supaya ada kisah sensasi ala filem Hollywood.
Mereka diarahkan memberikan publisiti kepada Juventus sebagai tunjang utama kemajuan bolasepak Itali lebih lebih lagi Piala Dunia semakin hampir.
Walaupun kelab lain terlibat, namun pihak pendakwaan berhujah bahawa Juventus adalah satu-satunya pasukan yang dengan sengaja menetapkan keputusan perlawanan.
Moggi pernah menyatakan, skandal itu sengaja direka oleh mush Juventus yang cemburu ke atas kebangkitan Juventus. Namun ramai tidak mempercayai hujah lemah Moggi termasuk penyokong Juventus sendiri.
Kesan Kepada Juventus
Oleh itu, Old Lady menerima hukuman yang paling berat dan diturunkan ke Serie B, dilucutkan gelaran liga 2004-05 dan 2005-06, dan ditolak sembilan mata selepas rayuan mereka ditolak.
Penyokong mereka marah dan sangat malu dengan skandal ini. Ramai pemain Juventus merasakan diri mereka selama ini hanya boneka yang cuba untuk menang perlawanan yang mereka sudah pasti akan menang.
Fiorentina dan Lazio juga pada mulanya diturunkan divisyen, tetapi keputusan tersebut telah ditukar kepada penyingkiran mereka daripada slot pertandingan Eropah.
Semua pasukan yang terlibat dipotong mata, denda, penggantungan dan hukuman beraksi di stadium kosong untuk perlawanan home.
Lembaga / Board Juventus meletak jawatan pada pertengahan Mei, dan tidak lama selepas itu, perletakkan jawatan oleh Moggi. Ramai lagi yang digantung dan diharmkan daripada aktiviti bola sepak.
Ada yang dipenjara bersama ramai tokoh penting yang lain, termasuk Pengarah Sukan Juventus, Antonio Giraudo.
Sebelum itu, pada 1990 , Juventus terlepas daripada skandal doping walaupun ramai pihak meragui bagaimana mereka boleh terlepas, namun kali ini mereka tidak boleh mengelakkan hari ‘kiamat’ kepada bolasepak mereka.
Setelah sekian lama, jalur hitam dan putih ikonik memancarkan aura, mistik dan keajaiban kini ia menjadi suram. Mereka melahirkan bakat bakat ikonik seperti Baggio, Zoff, Tardelli, Vialli, Vieri, Buffon, Zidane dan Platini dan kini mereka berpotensi ditinggalkan bintang bintang mereka.
Pemain Berhijrah Beramai Ramai
Ia membawa kepada penghijrahan beramai-ramai pemain termasuk Coach Fabio Capello dan pemenang Ballon d’Or dan Piala Dunia, Fabio Cannavaro yang pergi ke Real Madrid.
Zlatan Ibrahimovic dan Patrick Vieira brhijrah ke Inter Milan. Emerson berpindah ke Madrid, Adrian Mutu menyertai Fiorentina, Gianluca Zambrotta dan Lilian Thuram ke Barcelona.
Juventus bukan hanya kehilangan bakat bertaraf dunia, malah nilai kelab juga sangat rendah. Juventus kehilangan kuasa jual beli pemain apabila jatuh ke Serie B.
Kebanyakan pemain tidak mahu bermain di peringkat itu, dan Juve tidak mempunyai banyak pilihan selain terpaksa untuk menerima yuran perpindahan paling kecil sekali.
Bintang Bintang Yang Setia
Walau bagaimanapun, di tengah-tengah kisah ini skandal dan aib itu, wujud kisah cinta yang terungkap. Bintang terkemuka seperti Alessandro Del Piero, Gianluigi Buffon, Pavel Nedved, David Trezeguet dan Mauro Camoranesi kekal setia kepada Juventus dan mereka menerima pemotongan gaji demi kelab yang mereka sayang.
Nama nama ini dengan mudah boleh melobi untuk berhijrah ke kelab lain, tetapi memilih untuk kekal dan berjuang untuk mengembalikan maruah kelab yang tercemar.
Ikuti Bahagian kedua artikel ini yang akan menceritakan bagaimana pasukan ini bangkit semula selepas impak teruk calciopoli.
Baca juga:Penyokong Juventus Cacah Tatu Muka Buffon, Buffon Balas Dengan Cacah Tatu Muka Peminatnya