Penyokong Juventus Cacah Tatu Muka Buffon, Buffon Balas Dengan Cacah Tatu Muka Peminatnya

Kami tak tahu sama ada ini sesuatu yang gila atau sesuatu yang sangat berharga.

Seorang penyokong Juventus dan Itali, Gio menzahirkan kefanatikannya terhadap Gianluigi Buffon dengan mencacah tatu muka lagenda penjaga gol Juventus itu di belakang pehanya.

tatu buffon

Ia satu komitmen yang sangat besar bagi Gio – mendapatkan tatu yang akan kekal di badannya sampai bila-bila. Kawannya menganggap ia sesuatu yang gila.

Tetapi bagi peminat bola sepak fanatik seperti Gio, ia adalah sesuatu yang sangat berbaloi.

Bagaimanapun Gio langsung tak menyangka apa yang Buffon bakal lakukan untuk menunjukkan penghargaannya pula.

Buffon cacah tatu muka Gio

Dalam satu video yang dihasilkan oleh Mastercard, Gio – juga pelanggan Mastercard – dijemput untuk bercakap mengenai tatu Buffon di belakang pehanya.

Menyangka beliau ditemuramah untuk satu rancangan dokumentari mengenai tatu, Gio langsung tak menyangka idolanya, Buffon turut berada dalam rancangan tersebut.

Lebih mengejutkan buat Gio, Buffon turut mencacah tatu mukanya di lengan!

tatu lengan buffon

Walaupun tatu tersebut hanyalah tatu sementara dan boleh dibasuh, Gio ternyata sangat gembira. Masakan tidak, idolanya berada dalam satu bilik sama dengannya!

Video ini adalah satu usaha pengiklanan yang kreatif dari Mastercard yang menketengahkan tema ‘Madness or Priceless’.

Apa yang pasti, Gio pasti akan mengingati hari bertemu dengan Buffon sebagai hari paling berharga dalam hidupnya.

Baca juga: Buffon Tulis ‘Surat Cinta’ Untuk Pintu Gol Sempena Rekod Serie A Yang Dipecahnya

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN