Menghurai Formasi Taktikal 4-2-3-1 Moden

Ketika Pep Guardiola menjelaskan kenapa beliau menyukai 4-2-3-1, beliau menjelaskan bahawa formasi tersebut membolehkan pasukan beliau bermain lebih banyak bolasepak.

Ia adalah sistem yang berbeza dengan sistem 4-5-1 klasik yang masih ada ciri ciri 4-4-2 yang kuat cuma penggunaan box to box atau attacking midfielder sebagai tambahan di belakang penyerang.

Guardiola Menjelaskan Kenapa Beliau Sukakan 4-2-3-1

“Berdasarkan pengalaman saya, menggunakan 2 penyerang adalah tidak begitu bagus. Saya mahukan lebih dominasi dan pada masa yang sama saya mahu menggunakan Thomas Muller.” – Pep Guardiola, April 2016.

Guardiola menyifatkan taktik meletakkan 2 penyerang target man di atas agak membazir kerana kawasan tersebut tidak melibatkan banyak gerakan.

Beliau mahukan lebih banyak bolasepak dan mendominasi perlawanan. Jadi, di manakah kawasan yang beliau mahukan banyak gerakan?

Ya, sudah pastilah di tengah, diikuti dengan bahagian pertahanan. Ia akan membolehkan pemain tengah lebih aktif bergerak.

Oleh seab itu, Guardiola banyak menggunakan formasi 4-2-3-1 ketika bersama dengan Bayern Munich. Ia lari daripada kebiasaan beliau sebelum ini yang menggunakan formasi asas 4-3-3.

4-2-3-1-formation-tactics

Ciri-ciri 4-2-3-1 Guardiola Dan Bayern Munich

Guardiola terkenal dengan formasi 4-3-3 ketika beliau di Barcelona. Namun ketika di Bayern Munich, Pep lebih cenderung menggunakan 4-2-3-1.

Di bahagian pertahanan, beliau meletakkan back 4 standard dengan pendekatan fullback yang progresif untuk membekalkan width kepada pasukan apabila flanker masuk ke dalam.

Di tengah atau center half akan terbahagi kepada 2 sektor

  • Defensif
  • Ofensif

The Double Six

Di bahagian defensif, beliau menggunakan double pivot. Role no.6 merujuk kepada defensive midfielder. Dalam sistem 4-2-3-1 ini, salah seorang nombor 6 akan bermain lebih defensif dan salah seorang lagi akan lebih ofensif.

Dua pemain tengah akan diarahkan untuk bermain peranan no.6. Anda boleh rujuk peranan pemain seperti Busquet, Casemiro dan Matic untuk peranan no.6 ini.

Ketika di Bayern, Pep Guardiola tidak memiliki pemain tengah defensif yang tulen.Beliau banyak menggunakan deep lying midfielder, Xabi Alonso.

Seterusnya adalah Arturo Vidal yang merupakan pemain tengah box to box. Pemain lain adalah seperti Thiago Alcantara yang memang berminda ofensif. Javi Martinez pula, tipikal box to box seperti Arturo Vidal.

Ini bukan masalah besar untuk Pep Guardiola kerana beliau sendiri bertahun tahun menggunakan Sergio Busquet sebagai pemain di holding midfielder ketika di Barcelona.

Embed from Getty Images

Playmaker Dari Deep Area

Pendekatan yang sama digunakan Wenger dengan meletakkan pemain seperti Santi Cazorla di bahagian pivot. Idea ini lebih kepada, cuba memanfaatkan pemain yang bervisi tinggi untuk merancang permainan dari kawasan deep midfielder.

Ini bermakna, dalam sistem 4-2-3-1 yang berorientasikan bolasepak menyerang, correct defensive midfielder bukanlah syarat yang penting.

bay

Di Arsenal Santi Cazorla menggunakan visi yang luas ini untuk merancang gerakan seterusnya (the next move). Dari segi tugas defensif, Arsene Wenger memiliki pemain seperti Coquelin ataupun menggandingkan Santi dengan pemain versatile Aaron Ramsey.

Pengurusan Attacking Midfielder 

Ini adalah perkara yang penting dalam sistem 4-2-3-1. Keupayaan taktik ini untuk menekan pihak lawan sangat bergantung kepada attacking midfielder 3 di belakang penyerang utama.

Pemain seperti Thomas Muller menjadkan sistem ini lebih baik kerana boleh bermain di mana mana, sama ada di tengah, no.10, flanker atau menjadi penyerang kedua.

Kebebasan yang ada pada no.10 serta sokongan daripada sistem sayap yang bersifat narrowing atau masuk ke dalam. Ia memberikan kesan kepada fluiditi.

Fluiditi yang mencetuskan perubahan formasi kepada 3-4-3 atau 3-3-4 ketika ultra offensive.

no,1

Sifatnya yang lebih bergantung kepada no.10 dan gerakan yang aktif di belakang penyerang menyebabkan pasukan seperti Bayern Munich tidak merindui Robbery (Robben+Ribery).

Berbalik kepada prinsip asasnya adalah, mewujudkan sebanyak mungkin gerakan dan aliran (flow) bola di bahagian tengah atau belakang penyerang.

Penyerang Tunggal / Sole Striker

Perkara yang paling penting adalah motivasi dan keinginan untuk terus terlibat dan berhubung dengan mifielder 3 di belakang.

Bukan mudah untuk menjadi pemain no.9 yang boleh expose seperti Lewandowski. Ini bukanlah sistem yang terlalu aktif memberikan servis seperti mana sistem flank konvensional.

Lewandowski ada asas yang kuat dengan 4-2-3-1 yang ada pemain midfielder 3 yang berkualiti peyerang. Ketika di Dortmund, beliau sudah merasai sistem ini.

Manakala di Arsenal, pemain seperti Giroud agak struggle untuk menonjol sebagai penggempur. Ini kerana sistem flanker Arsenal bukanlah sistem sayap klasik yang pergi melakukan larian ke penjuru padang dan melakukan hantaran lintang.

Pada Piala Eropah tempoh hari, apabila Perancis bermain dengan sistem yang aktif dengan crosses, Giroud akan menonjol. Namun, jika sistem mereka lebih tertumpu kepada narrowing flanker, ia akan menyukarkan Giroud.

Kesimpulan

4-2-3-1 moden ini merupakan asas kepada kejayaan Mourinho di Chelsea pada era pertama beliau di Stamford Bridge dan pada kepulangan kedua beliau.

Arsene Wenger hampir menjuarai Liga Perdana Inggeris dengan pendekatan ini pada musim lalu. Sistem ini memerlukan pasukan kejurulatihan dan tactician untuk menerapkan bolasepak yang kompleks, intelligence dan bervariasi.

Ia memerlukan kelompok pemain yang boleh berfikir cepat dan bertindak cepat. Banyak perkara yang harus diambil berat oleh para pemain.

Ini termasuk kecergasan dan kecerdasan untuk bermain dalam susunan organisasi dan jarak yang betul.

Baca juga: 4 Sebab Mengapa Media Mengesyaki Pep Guardiola Telah Naik Gila

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN