4 Sebab Mengapa Media Mengesyaki Pep Guardiola Telah Naik Gila

Itulah yang akan terjadi jika anda memikirkan taktikal (dan bagaimana untuk mengubah posisi pemain) pada setiap masa.

Media Sepanyol dan Jerman mula mengesyaki ada sesuatu yang tidak kena kepada Pep Guardiola ketika sidang akhbar sebelum bermulanya kejohanan pra-musim, Audi Cup.

Pertama sekali, lihat air wajah Guardiola dalam gambar di bawah. Beliau melihat Audi Cup seperti kanak-kanak di kedai gula-gula.


Tidak cukup dengan itu, Guardiola cuba melihat jika ada sesuatu yang menarik di dalam trofi tersebut. Oh Guardiola…


Setelah dihipnotis oleh trofi yang tidak bermakna, Guardiola bertambah pelik ketika sidang media bersama pengurus Tottenham Hotspurs, Real Madrid dan AC Milan. Lihat muka beliau ketika sidang media Audi Cup pada Isnin lepas.

guardiolahypnotized

guardiolahypnotized1

Jika itu belum cukup untuk meyakinkan anda, Guardiola menjerit-jerit pula kepada Nigel de Jong ketika separuh masa pertama perlawanan Audi Cup antara pasukannya, Bayern Munich dengan AC Milan.

Melihat pengurus genius seperti beliau menjadi sebegini mengingatkan kami kepada John Nash, seorang genius matematik dalam filem A Beautiful Mind. Mungkinkah ini sebabnya beliau memerlukan cuti setahun selepas memenangi segalanya di Barcelona?

Baca: INILAH CARANYA PEP GUARDIOLA MEMOTIVASIKAN PEMAINNYA KETIKA SESI LATIHAN

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN