5 Perkara Daripada Perlawanan Manchester United v Leicester

Manchester telah memenangi Perisai Komuniti 2016 setelah menewaskan Leicester 2-1. Lingard menjaringkan gol pembukaan dan disamakan oleh Jamie Vardy.

Ibrahimovic menjaringkan gol kemenangan Manchester United menerusi satu tandukan yang melantun di hadapan gol dan menerjah gawang.

Berikut adaalah 5 perkara yang kami gariskan daripada pertemuan tersebut.

1.Eric Bailly Adalah ‘Orang Besi’ United

Eric Bailly adalah tipikal pertahanan yang sesuai dengan Liga Perdana Inggeris. Memang terlalu awal untuk melabel beliau sebagai antara pertahanan tengah terbaik.

Leicester-City-v-Manchester-United-FA-Community-Shield

Namun aksi beliau semalam sudah boleh melegakan Manchester United bahawa mereka sudah membelanjakan £30 juta untuk pemain pertahanan untuk pasukan utama.

Jamie Vardy jelas, lawan yang terbaik untuk menguji beliau. Bailly berjaya melakukan challenge dan sangat stabil bila pertarungan di udara.

Ia adalah tipikal pertahanan tengah yang dimahukan oleh Mourinho. Ini kerana Jose Mourinho menyatakan sebelum ini beliau sentiasa perlukan ‘orang besi’ sebagai pertahanan.

2. Leicester City Hilang Nadi Di Tengah

Boleh dikatakan Leicester City telah hilang nadi utama mereka di bahagian tengah iaitu N’golo Kante. Kepantasan pada counter attack mereka sedikit lambat untuk dimulakan berbanding dengan sebelum ini.

Bahagian back 4 mereka lebih terdedah kepada ancaman oleh Manchester United. Namun mujurlah perlawanan ini bukan perlawanan yang benar benar berintensiti tinggi.

Pasukan in menjadi lebih lambat untuk mematikan ancaman di tengah dan agak kurang bertenaga seperti yang mereka tunjukkan pada musim lalu.

Ia adalah cabaran terbesar Leicester terutama sekali untuk mana-mana pemain tengah yang akan menggantikan peranan Kante di defensive midfielder.

Di bahagian lain, kualiti pasukan ini tetap ada. Vardy masih lagi peyerang yang konsisten memberikan ancaman. Pemain baru mereka, Ahmed Musa lambat laun akan menjadi pemain utama pasukan.

Leicester-City-v-Manchester-United-The-FA-Community-Shield

3. Masalah Defensive Midfielder United

Salah satu aspek yang mungkin harus diselesaikan United adalah isu Defensive midfielder yang benar benar kental. Walaupun dikaitkan dengan kepulangan Pogba, ia mungkin bukan penyelesaian utama kepada masalah ini.Pogba adalah box to box midfielder.

36F8AB7A00000578-3728057-image-a-44_1470586912374

Fellaini mungkin akan menjadi opsyen oleh United. Beliau perlu mengurangkan offensive minded di dalam permainan beliau.

United juga kelihatan rapuh setiap kali diserang di bahagian zon 14. Mereka kerap memaksa pemain daripada serangan untuk turun ke bawah membantu.

4. Peranan Wayne Rooney

Satu persoalan yang sangat besar untuk difikirkan. Ini melibatkan kapten pasukan mereka dan juga kapten pasukan kebangsaan England.

Dalam perlawanan ini, Rooney tidak ada peranan yang benar-benar jelas. Tidak pasti beliau akan menjadi no.10 utama pasukan ini.

CpRWyptWIAAf027

Sebelum ini Mourinho mengkritik Louis Van Gaal yang menurunkan Wayne Rooney di posisi tengah.  Di bangku simpanan mereka ada pemain no.10 prolifik seperti Henrik Mkhitaryan.

Menurunkan Mkhitaryan di bahagian sayap bersama-sama dengan Martial dan Rooney di belakang Ibrahimovic dikhuatiri akan mewujudkan pasukan yang terlalu ramai pemain penyerang.

Martial dan Mkhitaryan adalah pemain sayap attacking 3 bukannya midfielder 4 dalam sistem 4-4-1-1. Dalam perlawanan semalam juga, Wayne Rooney kerap melakukan hantaran  dan first touch yang lemah.

Berbalik kepada teori ini maih perlawanan pertama Rooney di bawah Mourinho. Dan ia adalah isu yang menarik untuk diikuti dalam berberapa perlawanan United selepas ini, adakah peranan Rooney dalam rejim baru Mourinho.

Ini kerana, pemain penyerang kedua, attacking midfielder ataupun no.10 sentiasa menjadi pemain penting dalam taktikal Mourinho.

5. Aksi Istimewa Daripada 2 Pemain

Jesse Lingard dan Ibrahimovic adalah dua pemain daripada profail yang jauh berbeza. Namun kedua-dua mereka meledak gol yang ironi.

Lingard adalah pemain terakhir yang menjaringkan gol untuk United di Wembley musim lalu dengan gol menarik. Kali ini beliau menjaringkan gol dengan messi-esque.

1470584369996_lc_galleryImage_Football_Soccer_Britain_L

Ibrahimovic pula membuktikan beliau adalah wain seperti mana yang dicanang beliau sebelum ini. Semakin tua usia semakin tinggi kualiti.

Ibrahimovic masih lagi target man no.9 yang kompetitif untuk bersaing dengan mana-mana pertahan di dalam kotak penalti.

Manchester United

Tahniah untuk Manchester United yang teah memenangi Perisai Komuniti 2016! Ia adalah perisai ke-21 dalam simpanan mereka.

Baca juga: Isu Mourinho ‘Buang’ Schweinsteiger: Mourinho Patut Dipenjarakan Menurut Pegawai FIFPro

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN