Mengikut Statistik Neymar Merupakan Pemain Terhebat Dalam Dunia Bola Sepak Hari Ini

Mengikut statistik, Neymar merupakan pemain terhebat dalam dunia bola sepak hari ini, selepas beliau sekali lagi mempamerkan aksi persembahan yang sungguh menakjubkan untuk Paris Saint Germain.

Pemain berusia 30 tahun itu memulakan aksi beliau pada musim ini dengan sangat baik dan beliau sepertinya konsisten mengekalkan tahap kecemerlangan yang sama ketika bertemu Lille malam semalam.

Neymar cemerlang mempamerkan aksi persembahan yang sungguh menakjubkan ketika membantu PSG membelasah Lille 7-1 di Stade Pierre Mauroy.

Bintang Brazil itu berjaya meledak dua gol dan lebih menakjubkan lagi Neymar turut mencatatkan tiga assists dalam perlawanan tersebut.

Neymar cemerlang mencatatkan assists untuk gol yang dijaringkan oleh Achraf Hakimi pada aksi babak pertama permainan.

Beliau turut berjaya mencatatkan dua lagi assists pada aksi babak kedua permainan untuk gol yang dijaringkan oleh Kylian Mbappe.

Sepanjang musim 22/23 ini, Neymar sudah berjaya menjaringkan enam gol dan turut mencatatkan enam assists dari empat perlawanan untuk Paris Saint Germain.

Ia jelas sekali satu rekod yang sungguh menakjubkan dan jelas sekali kerana hal itulah ramai peminat yang menganggap beliau sebagai pemain terhebat dalam dunia bola sepak hari ini.

Musim lalu dikatakan bukanlah musim yang terbaik untuk pemain kebangsaan Brazil itu dengan beliau hanya sempat tampil 22 kali sahaja dalam kesebelasan utama PSG.

Neymar kerap diketepikan kerana beliau dibelenggu masalah kecederaan dan hal itu jelas sekali mengganggu perjalanan karier beliau pada musim lalu.

PSG tersingkir dari saingan Champions League musim lalu selepas disingkirkan oleh Real Madrid dan hal itu menyebabkan para pemain teruk dihentam oleh peminat.

Neymar juga turut menjadi antara pemain yang paling teruk dihentam oleh para peminat dan beliau diboo oleh penyokong sendiri di Parc des Princes selepas sah tersingkir dari saingan Champions League.

https://twitter.com/Truthte83602973/status/1561440174478868480?s=20&t=utgTL2lIf1YueYZL4hH–Q

Beliau bahkan turut dikaitkan dengan perpindahan menyertai kelab dari saingan Premier League pada musim panas ini dengan Newcastle dianggap sebagai pasukan kegemaran untuk mendapatkan khidmatnya.

Mauricio Pochettino turut dipecat oleh PSG pada bulan lalu dan tempat beliau telah digantikan oleh Christophe Galtier.

Pengurus baharu PSG, Galtier berjaya mendapatkan yang terbaik dari Neymar dengan pemain penyerang itu berjaya mempamerkan aksi persembahan terbaiknya pada ketika ini.

Neymar berjaya menjaringkan dua gol ketika bertemu Nantes dalam aksi saingan Trophee des Champions pada 31 Julai lalu.

Neymar kemudiannya berjaya menjaringkan satu gol dan mencatatkan tiga assists ketika membantu PSG menewaskan Clermont Foot 5-0 pada aksi perlawanan pembukaan dalam saingan Ligue 1.

Bekas bintang Barcelona itu kemudiannya berjaya menjaringkan dua lagi gol ketika membantu PSG menewaskan Montpellier 5-2 pada minggu berikutnya.

Minggu ini, Neymar sekali lagi berjaya mencatatkan hat-trick assists dan turut menjaringkan dua gol ketika aksi bertemu Lille malam semalam.

Melihat kepada statistik yang dicatatkan oleh Neymar daripada empat perlawanan awal musim ini, jelas sekali beliau berhak untuk dianggap sebagai pemain terhebat dalam dunia bola sepak.

Tidak akan mengejutkan andai beliau akan mampu memenangi anugerah Ballon d’or pada tahun hadapan andai beliau konsisten mempamerkan aksi persembahan terbaiknya seperti sekarang.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN