Kylian Mbappe Dedah Calon Kegemaran Beliau Untuk Memenangi Anugerah Ballon D’or Tahun Ini

Kylian Mbappe telah memilih dirinya sendiri sebagai salah seorang dari tiga calon terbaik untuk menerima anugerah Ballon D’or pada tahun ini.

Beliau telah diminta untuk menamakan tiga calon kegemaran pilihannya untuk memenangi anugerah paling berprestij dalam dunia bola sepak itu.

Tahun lalu, bintang Paris Saint Germain, Lionel Messi telah berjaya membawa pulang anugerah tersebut buat kali ketujuh sepanjang kariernya, selepas mengatasi Robert Lewandowski dan Jorginho.

Walau bagaimanapun, ketiga-tiga nama itu tidak disebutkan sebagai calon kegemaran untuk memenangi anugerah itu pada tahun ini oleh Kylian Mbappe.

Lionel Messi bahkan telah terkeluar dari senarai 30 calon akhir yang diumumkan oleh France Football pada petang ini.

Melihat nama Messi hilang dari senarai pendek itu, ia seolah-olah memberi bayangan yang karier gemilang legenda Argentina itu menghampiri ke penghujungnya.

Ia merupakan kali pertama selepas 17 tahun nama Lionel Messi tidak tersenarai dalam senarai 30 calon akhir untuk memenangi anugerah tersebut.

Mbappe merupakan antara calon kegemaran untuk memenangi anugerah tersebut selain Karim Benzema, Kevin De Bruyne dan Sadio Mane.

Bintang Paris Saint Germain itu kini mendedahkan yang beliau yakin rakan senegaranya, Karim Benzema bakal memenangi anugerah itu buat pertama kali sepanjang kariernya pada tahun ini.

Benzema bukan hanya menjadi calon kegemaran Mbappe dengan beliau turut menjadi antara calon kegemaran kebanyakan peminat dalam dunia bola sepak.

Beliau memainkan peranan penting ketika membantu Real Madrid menjuarai saingan La Liga dan Champions League pada musim lalu.

Mbappe mendedahkan kepada L’Equipe bahawa:

“Tiga terbaik pilihan saya? Saya akan kata Benzema, diri saya dan Mane. Tapi saya akan kata tahun ini tahun kejayaan untuk Benzema.”

“Dia sudah berusia 34 tahun, dia baru sahaja melalui musim terhebat sepanjang kariernya, memenangi satu lagi gelaran Champions League dan memang dia calon terbaik.”

Mbappe kemudiannya menambah lagi dengan menyatakan:

“Jika saya adalah Karim, jika saya tak menang ini, saya akan berhenti memikirkan tentang Ballon d’Or buat selama-lamanya. Saya mahu menang Ballon d’Or tidak lama lagi. Sama seperti orang lain.”

“Semua orang nak menang melainkan mereka yang tak berani nak mengaku hal itu. Saya masih yakin yang perkara paling susah adalah untuk memenangi yang pertama.”

Pemain berusia 23 tahun itu kemudiannya bercakap tentang perkembangan kariernya dan peluang untuk beliau memenangi anugerah tersebut.

“Saya rasa ketika usia saya 18-21 tahun, ia membenarkan saya untuk menstabilkan diri di kelompok 10 terbaik. Saya bukan pemain yang betul-betul bagi impak.”

“Sejak dua tahun terakhir ini, saya rasa saya sudah sampai ke tahap yang baru, saya ada lebih keyakinan berada di atas padang, saya bermain dengan lebih baik dalam perlawanan penting. Pendek kata, saya semakin bagus dan menjadi calon kegemaran.”

https://twitter.com/DonShelbyUK/status/1558424673205080064?t=y0v9G1w-TyoRWpBp1xFk_A&s=19

Pemenang anugerah Ballon d’Or pada tahun ini hanya akan diketahui pada 17 Oktober nanti.

Adakah Benzema akan benar-benar berjaya mendapatkan bola emas impian semua pemain itu? Atau Kylian Mbappe yang bakal menyentuhnya terlebih dahulu.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN