Klopp Anggap Liverpool Selayaknya Diberikan 3 Mata Penuh Andai Penyokong Man United Cipta Masalah

Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp percaya yang skuadnya berhak diberikan tiga mata penuh seandainya penyokong Manchester United cetus masalah pada hari perlawanan awal pagi nanti.

Klopp menegaskan yang Liverpool selayaknya diberikan tiga mata oleh Premier League andai aksi pertemuan mereka bertemu Man United awal pagi nanti terpaksa ditangguhkan.

Pertembungan antara kedua-dua Liverpool dan Man United pada Mei 2021 lalu terpaksa ditangguhkan selepas para penyokong skuad Red Devils mencipta kekecohan di Old Trafford dalam usaha mereka menentang pemilikan keluarga Glazer.

Para penyokong Man United dijangka akan mengulangi hal yang sama menjelang aksi bertemu Liverpool pada awal pagi nanti, dengan mereka dilaporkan benar-benar mahu menentang keluarga Glazer.

Melihat persembahan skuad Man United yang agak huru-hara pada ketika ini, ia sebenarnya menambah lagi kemarahan para penyokong yang bertekad mahu mencetuskan kekecohan pada aksi bertemu Liverpool nanti.

Jurgen Klopp dalam sesi temu bual beliau sebelum perlawanan bertemu Man United tampil membahaskan tentang kebarangkalian untuk berlakunya insiden sama pada awal pagi esok.

“Rancangan untuk menangguhkan perlawanan? ya, kami akan pulang dengan bas.”

Jelas Klopp kepada BBC Sport.

“Saya benar-benar berharap ia tidak akan berlaku, tapi kalau ia berlaku, saya rasa kami berhak dapatkan mata.”

“Kami tak ada kaitan dengan situasi itu dan jika penyokong mahu perlawanan ditunda, maka kami tak boleh nak suka-suka atur perlawanan itu kepada tarikh lain pada musim yang sangat sibuk ini.”

“Orang kata kami tak ada masalah, kami ke sana dan bermain dalam perlawanan tersebut dan pulang ke rumah. Tapi dalam situasi seperti ini, pasukan lawan sepatutnya dapat mata kerana mereka langsung tak ada kaitan dengan masalah tersebut dan mereka dah bersedia untuk bermain.”

Tidak pasti sama ada para penyokong akan melakukan hal yang sama atau tidak pada tahun ini, namun satu hal yang pasti, aksi pertembungan antara kedua-dua pasukan itu sangat dinanti-nantikan oleh kebanyakkan peminat.

Kedua-dua Liverpool dan Manchester United pada ketika ini sedang tidak berada di tahap persembahan terbaik mereka.

Skuad kendalian Erik ten Hag itu tewas dalam kedua-dua perlawanan pertama mereka dalam saingan Premier League musim ini, sementara Liverpool pula merekodkan dua keputusan seri.

Kedua-dua pasukan sedang sangat terdesak mahu memburu kemenangan pertama mereka dalam saingan Premier League musim ini.

Manchester United jelas sekali tidak sanggup berdepan satu lagi kekalahan, apa lagi selepas melihat mereka berada di kedudukan tercorot dalam saingan Premier League pada ketika ini.

Seandainya Liverpool berjaya mengutip tiga mata penuh, maka skuad kendalian Erik ten Hag itu perlu akur untuk terus berada di dasar carta liga untuk tempoh satu minggu lagi.

Adakah pertembungan antara kedua-dua pasukan itu akan sekali lagi ditangguhkan pada musim ini? bincangkan di ruangan komen.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN