Sir Alex Ferguson, Permata United Yang Paling Berharga

4 tahun yang lalu pada tarikh 8 Mei 2013, Sir Alex Ferguson mengumumkan persaraaan beliau sebagai pengurus Manchester United.

Sir Alex Ferguson disifatkan sebagai pengurus terbaik yang pernah hadir dalam arena bola sepak British. Tidak keterlaluan jika kita katakan beliau adalah pengurus paling berjaya di dunia.

27 musim bersama Manchester United, Sir Alex telah memenangi sejumlah  38 trofi kejuaraan.

13 kejuaraan EPL, 2 kejuaraan UEFA Champions League, 5 Piala FA dan 4 Piala Liga(kini EFL Cup) adalah antara kejuaraan utama yang pernah didakap oleh Sir Alex Ferguson bersama Manchester United.

Karier Awal

Karier awal Sir Alex di Old Trafford tidaklah mudah. Pada musim pertama beliau di Old Trafford, Manchester United hanya berpuas hati menduduki tangga ke-11 liga.

Musim seterusnya penyokong Manchester United memasang harapan tinggi. Bagaimanapun, Alex Ferguson dan United hanya berpuas hati muncul sebagai naib juara.

Kelab Merseyside, Everton dan Liverpool menguasai kejuaraan liga untuk dua musim tersebut.

Alex Ferguson bersama-sama Piala FA 1990.

Musim 1988-89 United sekali lagi menghuni tangga ke-11 liga  dan di tangga ke-13 pada musim seterusnya. Akhbar di U.K sudah mulai mencanangkan khabar pemecatan beliau pada tanggal November 1989.

Kejayaan merangkul kejuaraan Piala FA pada tahun 1990, menyelamat karier beliau.

Kejayaan membawa United muncul juara Piala FA pada musim sebelumnya melayakkan Manchester United untuk beraksi di dalam UEFA Cup Winners’ Cup pada musim 1990-1991.

Mungkin ramai di kalangan penyokong Manchester United yang lupa bahawa UEFA Cup Winners’ Cup pada musim 1990-1991 adalah trofi kedua Sir Alex bersama United, menewaskan Barcelona 2-1 di aksi final.

Dominasi Sir Alex Dan Manchester United

Dominasi Sir Alex Ferguson bersama Manchester United di England bermula di era Liga Inggeris menerima penjamaan semula. Saingan liga utama di England digelar Liga Perdana Inggeris selepas Barclays mengambil alih hak penajaan.

Manchester United dan Sir Alex muncul sebagai gergasi bola sepak Inggeris apabila menjuarai saingan EPL edisi pertama pada musim 1991-92.

Manchester United manager Alex Ferguson applauds to the crowd while arriving on the pitch at Old Trafford for the last time before retiring, before the English Premier League soccer match against Swansea City at Old Trafford stadium in Manchester, northern England May 12, 2013. Manchester United’s Alex Ferguson will collect the Premier league trophy as he takes charge for his final home game before retiring. REUTERS/Phil Noble (BRITAIN – Tags: SPORT SOCCER) FOR EDITORIAL USE ONLY. NOT FOR SALE FOR MARKETING OR ADVERTISING CAMPAIGNS. EDITORIAL USE ONLY. NO USE WITH UNAUTHORIZED AUDIO, VIDEO, DATA, FIXTURE LISTS, CLUB/LEAGUE LOGOS OR ‘LIVE’ SERVICES. ONLINE IN-MATCH USE LIMITED TO 45 IMAGES, NO VIDEO EMULATION. NO USE IN BETTING, GAMES OR SINGLE CLUB/LEAGUE/PLAYER PUBLICATIONS.

Dominasi Sir Alex bersama Manchester United semakin ketara. Musim demi musim kejuaraan EPL dimenangi oleh gandingan Sir Alex dan kManchester United.

13 kejuaraan liga yang dimenangi cukup untuk menobatkan kelab Manchester United sebagai kelab terhebat dalam sejarah bola sepak Inggeris.

Liverpool

Pasukan yang hebat tidak akan terserlah tanpa persaingan yang hebat.

“My greatest challenge is not what’s happening at the moment, my greatest challenge was knocking Liverpool right off their f***ing perch. And you can print that.”

Ingatkah anda akan kata-kata Sir Alex ini? Kenyataan ini dipetik ketika beliau membawa United menjulang Liga Perdana Inggeris pada musim 2001-2002.

Kapten Liverpool, Steven Gerrard bersama rakan sepasukan meraikan jaringan di old Trafford.,

Pada ketika itu, United baru sahaja memenangi kejuaraan liga yang ke-15 dalam sejarah kelab Manchester tersebut. Ini bermakna Manchester United masih tertinggal 3 gelaran liga berbanding Liverpool.

Nyata kata-kata beliau ini telah menjadi dorongan buat pasukan Manchester United untuk terus menyaingi Liverpool sebagai pasukan terbesar pernah wujud dalam sejarah bola sepak British.

Manchester City 

Sebagai pengurus Manchester United, Sir Alec tidak boleh lari daripada perseteruan dengan jiran tetangga mereka, Manchester City.

Sepanjang bersama United, pertembungan dengan City adalah derbi yang sentiasa dihiasi dengan adegan dan insiden panas.

Kemunculan City sebagai kuasa baru bola sepak Inggeris ketika jutawan Arab mengambil alih kelab berkenaan turut menarik perhatian Sir Alex.

Manchester City muncul juara musim 2011-12 dengan kelebihan gol berbanding Manchester United.

“There has been a lot of expectation on Manchester City and with the spending they have done, they have to win something. Sometimes you have a noisy neighbour and have to live with it. You can’t do anything about them.”

Demikianlah pendapat Sir Alex berkenaan Manchester City. Pada musim 2011-2012, kita telah menyaksikan persaingan tersengit dalam sejarah EPL apabila kedua-dua pasukan Manchester ini bersaing untuk merangkul kejuaraan liga.

Gol minit akhir Sergio Aguero menyaksikan Sir Alex dan anak buahnya mengigit jari apabila Manchester City dinobatkan sebagai juara musim tersebut dengan perbezaan gol.

Jose Mourinho

Pertembungan pertama Sir Alex dengan Jose Mourinho ialah pada musim 2003-2004 dalam pertandingan UCL. Mourinho adalah pengurus Porto pada musim itu

Bagaimanapun, perseteruan kedua-dua pengurus hebat ini lebih dikenang ketika Jose Mourinho dibawa masuk oleh Roman Abrahamovic untuk mengurus Chelsea pada musim berikutnya.

Chelsea muncul sebagai pesaing hebat Manchester United di era revolusi jutawan minyak Rusia itu. Deretan bintang dibawa masuk untuk memastikan Chelsea muncul juara pada musim pertama Mourionho bersama Chelsea.

Sir Alex ferguson bersama Jose mourinho ketika mengurus Man Utd dan Chelsea.

Benarlah kata orang. Jika kelab anda mempunyai individu yang hebat, maka tugas jurulatih dan pengurus amatlah mudah.

“He was certainly full of it, calling me ‘Boss’ and ‘Big Man’ when we had our post-match drink after the first leg. But it would help if his greetings were accompanied by a decent glass of wine. What he gave me was paint-stripper.”

Demikianlah pendapat Sir Alex terhadap Jose Mourinho. Walaupun sering dilihat mempunyai perseteruan yang hebat ketika mengendalikan aksi pasukan masing-masing, kedua-dua pengurus ini memiliki nilai persahanatan yang luar biasa selepas perlawanan.

Arsene Wenger Dan Arsenal

Perseteruan Sir Alex dan Arsene Wenger adalah sesuatu yang menarik sekali.

Sebelum adanya Chelsea dan Manchester City muncul sebagai kuasa besar, Arsenal adalah pasukan yang sering membuatkan wajah Sir Alex merah padam.

Sepanjang tempoh Sir Alex bersama Manchester United, kelab London ini pernah menjulang kejuaraan liga sebanyak 4 kali (1kali First Division).

Kedua-dua pasukan juga pernah menakluk Liga Perdana Inggeris dengan barisan pemain bintang yang tiada taranya pada era itu.

ARSENAL V MAN UTD, PREMIER LEAGUE.PIC ANDY HOOPER.DAILY MAILWENGER AND FERGUSON

“They say he’s an intelligent man, right? Speaks five languages. I’ve got a 15-year-old boy from the Ivory Coast who speaks five languages!”

Inilah petikan kata-kata Sir Alex ketika Arsene Wenger baharu sahaja menyertai Arsenal pada musim 1996-97.

Jelas sekali Sir Alex Ferguson sudah boleh menghidu kualiti yang boleh dibawa oleh pengendali berpengalaman daripada Perancis itu.

Rumusan

Kepada penyokong-penyokong Manchester United, jangan nafikan. Anda pasti merindui kelibat Sir Alex Ferguson ketika bersama Manchester United.

Kejayaannya cukup gemilang. Hakikat yang perlu diterima ialah Manchester United pada hari ini bukanlah pasukan dengan DNA yang sama ketika era Ferguson.

Kejayaan lalu adalah sejarah. Tanpa Sir Alex, United seolah-olah kehilangan taring.

Jangan lupa. Manchester United adalah juara Piala FA musim lalu, juara Piala EFL musim ini dan berpeluang untuk merangkul UEFA Europa League pada Mei ini.

Teruskan menyokong Manchester United. Sinar harapan tetap ada di hujung terowong, walaupun anda harus menunggu untuk 3 dekad yang akan datang. United Never Die!

Baca juga: Napoli Wujud Kerjasama Dengan Aplikasi Cari Jodoh Tinder, Usaha Dekati Peminat

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN