Lelaki Ini Memberikan Sebab Kenapa Penyokong JDT Perlu Menyokong Mora

Seorang penyokong JDT telah meluahkan pandangan beliau tentang isu Benjamin Mora. Sejak akhir-akhir ini, penyokong JDT terpecah kepada 2 kelompok.

Yang pertama yang menyokong Mora dan yang satu yang yang mahukan Mora dibuang. Namun begitu, penulis ada pandangan beliau tersendiri.

Ini adalah pandangan beliau:

Misi dan visi: Berikan Mora peluang dan ruang

Seperti yang dijelaskan oleh TMJ malam tadi. Mario Gomez berjaya memperoleh trofi yang banyak adalah disebabkan JDT.

Kualiti yang ada pada JDT itu sendiri sebenarnya yang membantu Mario Gomez diangkat menjadi ‘juara hati’ penyokong JDT.

Mario Gomez diumumkan sebagai Ketua Jurulatih JDT.

Penyokong Johor perlu membuka minda dan perlu mengelak daripada mudah melatah dengan mengatakan Mario Gomez adalah lebih baik berbanding dengan Benjamin Mora.

Budaya kejayaan segera masih menebal

Sebenarnya tanpa kita sedari, budaya dan mentaliti mahukan sesuatu yang ‘instant’ masih menebal dalam kotak minda para penyokong JDT.

Namun, mereka perlu sedar bahawa menonton bola sepak itu bukanlah ibarat sekadar suatu hiburan tetapi mereka perlu melihatnya sebagai suatu usaha menghasilkan suatu ‘karya agung’.

Penyokong hendaklah sedar bahawa Coach Mora kini sedang memimpin JDT ke laluan yang sejajar dengan aspirasi dan visi yang diinginkan oleh TMJ.

Sedarkah kita bahawa Mario Gomez tidak meninggalkan apa-apa impak kepada pemain tempatan kita? Mario Gomez hanya melakukan kerja-kerja mudah tanpa meninggalkan sesuatu yang begitu bermanfaat buat pemain muda/tempatan JDT.

Langkah yang diamalkan oleh Mario Gomez di JDT:

Main bola- gunakan pemain sayap kiri dan sayap kanan yang boleh lari sepantas kilat.

Kemudian gunakan kreativiti yang dimiliki oleh Safiq Rahim untuk menghantar bola kepada Lucero dan Diaz- Lucero dan Diaz skor berdozen-dozen gol buat JDT.

Kredit foto: Asiana.my

Ini kerja mudah apabila kita mempunyai 11 pemain terbaik di dalam liga dan tanpa kita sedari inilah kerja-kerja yang dilakukan oleh kebanyakan jurulatih tempatan dan kelab-kelab di Asia Tenggara yang lain.

Impaknya?

Pemain tempatan JDT kekal di takuk lama, tiada deria membunuh, tiada kreativiti untuk menjaringkan gol, takut mencuba dan DNA mengharapkan ‘import buat kerja’ masih kukuh terikat di dalam minda mereka.

Buktinya!

Semasa kempen Piala Malaysia, tanpa Jorge Pereyra Diaz dan Lucero, JDT ketika itu ialah kelab yang tiada perbezaan dengan pasukan-pasukan tempatan lain.

Hampir 90% kekuatan dan kualitinya sama seperti pasukan lain dan kepincangan itu terserlah semasa semi final ke-2 Piala AFC 2016.

Falsafah Mora lebih menghiburkan dan percayakan bakat tempatan

Namun, sedarkah kita Benjamin Mora bukan sahaja menampilkan gaya permainan yang lebih menghiburkan (sesetengah peminat tidak akan faham), lebih dinamik dan tersusun.

MALAYSIA. Johor Bahru: JDT players celebrates Guerra goal during Super League match between JDT and Melaka at Larkin Stadium on April 9, 2017. Photo by Nizam Rahman – www.asiana.my

Namun apa yang paling penting ialah warisan yang akan ditinggalkan oleh Benjamin Mora apabila ‘kerusi panas’ selaku ketua jurulatih bertukar tangan.

Mora berjaya meninggalkan suatu impak dalam diri pemain tempatan.

Kini pemain JDT tampak lebih yakin untuk melakukan hantaran-hantaran pendek, memegang bola dengan lebih lama dan bertukar-tukar dalam sekelip mata.

Benjamin Mora tampak berjaya menyuntik keyakinan besar dalam diri pemain-pemain tempatan JDT dan juga keberanian kepada anak-anak muda seperti Hadi Fayadh, Afiq Fazail, Haziq Nazli dan Dominic Tan.

Masih ingatkah kita bahawa Bnejamin Mora pernah membimbing JDTII dengan hanya berbekalkan pemain-pemain muda tetapi berjaya menyaingi pasukan-pasukan gergasi lain terutamanya dalam kempen MPL dan Piala Malaysia 2016?

Mora juga berjaya menukar mentaliti pemain tempatan daripada ‘NO IMPORT, WERE IN TROUBLE ‘ kepada ‘NO IMPORT, NO PROBLEM’.

Sumber gol lebih banyak

Kita boleh lihat kini, JDT tidak lagi mempunyai target man seperti Diaz dan Lucero, namun kesemua player mempunyai semangat membunuh untuk memburu gol, iaitu dengan kata mudah, ‘EVERYONE CAN SCORE THE GOAL’.

kredit foto: Asiana.my

Lihat bagaimana revolusi yang berlaku kepada Azrif, Afiq, SR dan pemain-pemain tempatan lain.

Buktinya semasa kempen Piala AFC 2017, kita masih mampu menjaringkan gol-gol menarik walaupun kita lebih banyak menggunakan khidmat pemain tempatan berbanding pemain import.

Tanpa Gabi dan Cabrera pemain tempatan masih mampu menyumbangkan gol di bawah bimbingan Benjamin Mora berbanding dengan tanpa Lucero dan Diaz semasa di bawah era Mario Gomez.

Percayalah, mereka kini (pemain tempatan) ialah individu yang lebih baik berbanding dengan masa lalu.

Ayuhlah Penyokong JDT! Beri peluang kepada Mora

Oleh itu, wahai penyokong-penyokong JDT, buka minda dan berilah ruang dan peluang kepada Benjamin Mora.

Johor Darul Ta’zim Head Coach, Benjamin Mora photo before Malaysia Super League 2017 match against Selangor at Larkin Stadium, Johor Bahru. Pix by Rizanizam/asiana.my

Berikan sokongan kepada beliau kerana atas keberanian beliau yang cenderung memberikan peluang kepada pemain muda bermain.

Ini ditambah dengan ‘sistem feeder club’ menerusi sistem akademi bola sepak JDT yang tersusun.

Nescaya sedikit masa lagi kita pasti berpotensi menjadi pasukan seperti ‘Borussia Dortmund’ yang merupakan kilang menghasilkan pemain berbakat dan bukan lagi ‘Manchester City Malaysia ‘ atau kelab mi segera seperti RB Leipzig.

Nota editor: Artikel ini adalah petikan dari penulisan saudara Hairi Mohd yang merupakan penyokong setia JDT.

Baca juga: Forkey Doe Didapati Bersalah Miliki Kereta Klon

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN