Forkey Doe Didapati Bersalah Miliki Kereta Klon

Penyerang Selangor, Forkey Doe telah didapati bersalah kerana memiliki kereta klon atau tiruan – lapor Utusan Malaysia.

Beliau yang ditahan tempoh hari telah pun disoal siasat dan beliau telah didapati bersalah kerana memiliki kereta tiruan jenama BWM model 325i. 

Forkey Doe bersama kereta BMW beliau.

Kereta yang bernombor pendafataran BLK 17 itu ditahan pihak polis sekitar jam 5 pagi tempoh hari.

Hasil dari penangkapan itu, Forkey Doe didenda dengan perlu membayar RM 6 ribu serta berhadapan dengan hukuman penjara selama 6 bulan.

Keputusan itu dilakukan oleh Mahkamah Majistrer di Petaling Jaya dihadapan majistret Atiqah Abdul Karim@Husaini.

Pihak FA Selangor tempoh hari memberikan jaminan yang tiada kompromi bakal diberikan kepada mana-mana pemain yang melanggar undang-undang negara.

Forkey Doe dijangka bakal disingkirkan dari skuad Selangor musim ini selepas apa yang berlaku terhadap beliau.

Malam ini juga menyaksikan pemain Selangor dari Indonesia iaitu Andik Vermansah bakal beraksi dalam perlawanan menentang Sarawak.

Perlawanan Sarawak-Selangor bakal diadakan di Stadium Negeri, Petra Jaya di Kuching jam 8.15 malam.

Baca juga: Lelaki Ini Beri 3 Sebab Kenapa Menjual Ghaddar Tidak Relevan Untuk Kelantan

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN