Napoli Wujud Kerjasama Dengan Aplikasi Cari Jodoh Tinder, Usaha Dekati Peminat

Cara sebegini mungkin pelik, dan sememangnya pelik.

Kelab Itali, Napoli telah pun menjalani usaha sama dengan sebuah aplikasi cari jodoh (dating) iaitu Tinder sebagai cara untuk mendekati peminat mereka.

Usaha ini menyaksikan pertama kali dalam di Itali sebuah kelab bola sepak menjalin kerjasama dengan aplikasi cari jodoh sebegini.

4 orang

Sebagai salah satu daripada persetujuan kerjasama, pihak Napoli mendaftar nama penyerang mereka iaitu Arkadiusz Milik dalam aplikasi tersebut.

Menerusi akaun tersebut, Milik bakal mempunyai akaun Tinder sendiri dan perlu memilih 4 peminat bertuah menerusi aplikasi tersebut.

4 peminat tersebut yang dipilih secara rawak oleh Milik akan memperoleh peluang untuk keluar bersama penyerang muda itu.

Milik nyata teruja kerana dapat menjadi sebahagian daripada usahasama ini, bagi beliau teknologi mendekatkan manusia.

“Teknologi mendekatkan manusia dan begitu juga dengan sukan. Saya tak sabar nak sertai perkara ini.”

“Saya bangga dapat sertai dalam kerjasama yang unik dan inovatif ini bersama pihak Tinder.”

Tinder merupakan aplikasi cari jodoh yang terkenal dan digunakan di seluruh dunia.

Pengguna Tinder berpeluang dapat berjumpa dengan orang-orang baharu di aplikasi tersebut.

Baca juga: Forkey Doe Didapati Bersalah Miliki Kereta Klon

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN