Bagi anda yang tak tengok perlawanan QPR vs Man City semalam, ini yang kami maksudkan.
Oooohh…bangangnya Joe Hart. Tetapi pengadil Mike Dean membatalkan gol tersebut kerana ‘double touch’ rule.
Dalam peraturan bola sepak, seorang pemain yang sama tidak dibenarkan mengambil lebih dari 1 touch apabila permainan disambung semula. Ini bermakna, semasa goal kick atau free kick – pemain tidak boleh bawak bola dan mula menggelecek. Bola tersebut harus dihantar atau disepak.
Dalam kes semalam, Joe Hart mengambil dua touches semasa goal kick. Oleh itu, pengadil mesti memulakan permainan semula – maka, gol Charlie Austin tak dikira.
Berapa kali dalam hidup anda – peraturan dan undang-undang menyelamatkan kesilapan anda?
Dalam video di bawah, Joe Hart menjelaskan kepada Robert Green mengapa gol Charlie Austin dibatalkan.