‘Mendonia’ – Tidak Pernah Mengecewakan, Jersi Selangor FC Curi Tumpuan Antarabangsa

Brendan Gan Jersi away 2022 Selangor FC mendonia pujian antarabangsa

Nampaknya rekaan dan kombinasi warna jersi ‘away’ baharu Selangor FC bukan sahaja mendapat perhatian di arena tempatan, malah ia menjangkaui sehingga ke pentas antarabangsa apabila mendapat pujian media luar.

Selangor tampil dengan sudut berbeza pada pelancaran jersi ‘away’ terbaharu mereka dengan melaungkan kempen #TerusBerjuang untuk menyatakan sokongan mereka terhadap para pesakit kanser di seluruh dunia.

Mengambil inspirasi kapten mereka, Brendan Gan yang sebelum itu merupakan seorang pesakit kanser, mereka mengambil inspirasi semangat juangnya melawan kanser hingga sembuh untuk beraksi pada musim baharu.

‘Selamat Kembali Kapten!’ – 3 Pemain Bola Sepak Selain Brendan Gan Yang Berjaya Bangkit Melawan Kanser

Jersi ‘away’ Selangor tampil dengan simbol reben, merupakan lambang solidariti dalam perjuangan mengatasi kanser dan sebarang cabaran hidup. Warna Hijau Teal yang dipadankan sebagai warna utama, bermaksud harapan dan permulaan baharu. Warna Fuchsia pula bermaksud keyakinan, keberanian, dan kebersamaan.

Akhir sekali warna Ivory yang memberi gambaran kesucian, ketenangan, dalam perjuangan para pesakit kanser. Garisan yang terletak halus di jersi tersebut pula membawa maksud inspirasi untuk terus positif dan tidak berputus asa dalam perjuangan untuk kembali bangkit meneruskan kehidupan. Ini jersi ‘away’ Selangor.

Antara media sosial antarabangsa yang tampil memuji jersi Selangor kali ini antaranya laman Twitter, Classic Football Shirts yang mempunyai lebih 269 ribu followers di seluruh dunia. “A lovely shade of green with a vibrant pink secondary colour and some really nice print!” titip mereka tentang jersi itu di akaun Twitter rasmi mereka.

Mereka merupakan pengumpul tegar dan terbesar koleksi jersi di seluruh dunia dengan memiliki beberapa buah kedai di sekitar London, malah beberapa kali mengadakan pameran koleksi jersi yang disimpan mereka dan pernah menerima kunjungan lebih 12,000 ribu pengunjung. Jelas, mereka bukan entiti biasa di arena jersi.

Bagaimana Anda Boleh Hidupkan ‘Vibe’ Tonton Bola Di Kedai Mamak Bersama sooka

Selain itu, laman Twitter The Kitsman memuji kempen yang dilakukan Selangor tentang kanser. Titipnya, “Yeah I was trying too hard before to be a funny guy. Plus this is deep down for a serious cause. The pink is there to spread the message of Cancer Awareness. Selangor’s kits are always special and this one is no different.”

Since learning this shirt design is to spread the message of cancer awareness, I have just been informed by lifelong Selangor fan @_naufalnizar that the player model here @brendan_gan is himself a cancer survivor,” tambahnya.

Kedua-dua entiti berpengaruh di arena jersi antarabangsa itu menjadikan jersi ‘away’ Selangor 2022 mendonia!

Mujur Selangor dan umumnya pasukan-pasukan bersaing di Liga Malaysia, jersi kita tidak segila Bedale AFC.

Membawa isu yang hampir sama iaitu kanser, kelab yang dikenali sebagai Bedale AFC telah melancarkan jersi tembus pandang yang kelihatan ‘seksi dan menggoda’ dan boleh kita katakan idea gila untuk diketengahkan.

Pada Julai 2021, kelab yang berpangkalan di utara Yorkshire itu telah melancarkan jersi yang mungkin tidak pernah disaksikan di mana-mana di serata dunia apabila bekerjasama dengan sebuah syarikat sosej, Heck berkempen untuk pesakit kanser testis, ironinya ia kanser sama dilalui oleh kapten Selangor, Brendan Gan.

‘Seksi & Menggoda’ – Mujur Selangor Tak ‘Segila’ Kelab Ini Berkempen Tentang Kanser Menerusi Jersi

Menurut laporan SportBible, Heck sudah menaja kelab tersebut selama beberapa musim dan kerjasama kedua-dua entiti ini sentiasa menghasilkan jersi ‘unik’ saban tahun. Sebelum ini, kelab itu telah tampil dengan jersi berkonsepkan sosej dan mash, jersi penjaga gol berkonsepkan barbeku (BBQ) dan juga vegan carrot top.

Untuk musim baru saingan The North Riding League, menerusi kempen kanser testis dan prostat ini, mereka berharap dapat mengumpul dana sebanyak £250,000 bersamaan RM1.4 juta, hasil daripada jualan jersi tersebut. Dijual dengan harga £79.99 (RM453), sebanyak £5 (RM28) akan disumbangkan ke kempen itu.

Kempen tersebut dibuat untuk membantu mengumpul dana buat Prostate Cancer UK, sebuah badan amal yang melakukan kerja cemerlang dalam memerangi kanser di seluruh England. Kerjasama mereka meningkatkan kesedaran tentang dua pembunuh terbesar di UK dalam kalangan lelaki iaitu kanser prostat dan testis.

Menurut laporan Mirror UK, jersi baharu itu tembus pandang sepenuhnya, dengan anak panah putih besar dihalakan ke kawasan yang ‘berkaitan di bawah’, bersama teks, “Jangan lupa untuk buat pemeriksaan.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN