Menang 4-1 Keatas CSKA Moscow, Arsenal Cerahkan Peluang Ke Aksi Separuh Akhir Liga Europa

Wakil England, Arsenal terus menyalakan harapan untuk mara dengan lebih jauh dalam saingan Liga Europa selepas menang bergaya 4-1 ditangan CSKA Moscow pada suku akhir pertama di Stadium Emirates awal pagi tadi.

Kesemua lima jaringan yang terhasil pada perlawanan ini hadir pada babak pertama yang menyaksikan Aaron Ramsey dan Alexandre Lacazette masing-masing menyumbat dua gol buat Arsenal.

Manakala, Aleksandr Golovin mencipta satu gol untuk kelab dari Russia tersebut.

Aaron Ramsey tidak menunggu lama untuk menggembirakan penyokong tuan rumah apabila pemain antarabangsa Wales itu dengan mudah menyempurnakan peluang hasil hantaran lintang dari Hector Bellerin pada minit ke-9 permainan.

Tersentak dengan jaringan tersebut, CSKA Moscow yang dibimbing Viktor Goncharenko cuba bangkit dalam usaha memadam kelebihan yang dicipta Ramsey itu.

Usaha tersebut berhasil berselang enam minit kemudian setelah Golovin yang mengambil sepakan percuma, dengan tenang melakukan sepakan lalu terus menerjah gawang yang dikawal Petr Cech untuk kedudukan kembali terikat.

Arsenal kembali di hadapan pada minit ke-23 apabila mereka dianugerahkan sepakan penalti akibat kekasaran yang dilakukan Georgi Shchennikov terhadap Mesut Ozil.

Arsenal
LONDON, ENGLAND – APRIL 05: Alexandre Lacazette of Arsenal scores the fourth goal during the UEFA Europa League quarter final first leg match between Arsenal FC and CSKA Moskva at Emirates Stadium on April 5, 2018 in London, United Kingdom. (Photo by Catherine Ivill/Getty Images)

Lacazette yang menggalas tanggungjawab mengambil sepakan tersebut ternyata tidak mensia-siakan peluang untuk gol kedua Arsenal.

Gol ketiga The Gunners muncul hanya selepas lima minit jaringan kedua mereka terhasil menerusi jaringan cantik dari Ramsey yang menyambar hantaran Mesut Ozil sekaligus berjaya memperdayakan penjaga gol pelawat, Igor Akinfeev.

Lacazette menambah duka CSKA Moscow dengan satu lagi jaringan pada minit ke-35 untuk jaringan kedua peribadi beliau dan yang ke-4 buat Arsenal pada perlawanan ini.

Kedua-dua pasukan akan bertemu pada aksi timbal balik di VEB Arena pada 13 April nanti.

Manakala dalam tiga lagi aksi lain, Atletico Madrid berjaya menundukkan Sporting CP 2-0, RB Leipzig menang tipis 1-0 keatas Marseille dan Lazio menewaskan Salzburg dengan keputusan 4-2.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN