Derbi Manchester: Jesse Lingard Yakin Mampu Tundukkan Manchester City

Jesse Lingard

Pemain Manchester United, Jesse Lingard percaya bahawa beliau dan rakan sepasukannya mampu untuk menundukkan musuh setempat, Manchester City sekiranya mereka mampu beraksi dengan ‘100%’ tumpuan.

Sekiranya kemenangan berjaya dicatatkan Manchester United pada perlawanan itu, ia akan dapat melambatkan ‘pesta’ buat Manchester City yang sedang berkira-kira untuk menoktahkan perjuangan mereka selaku juara Liga Perdana Inggeris musim ini.

Manchester City yang dibimbing Pep Guardiola mempamerkan aksi bertenaga musim ini apabila hanya tewas sekali dalam saingan liga ketika tumpas ditangan Liverpool pada Januari lalu.

”Kami telah bermain disana sebelum ini dan beraksi dengan baik, jadi saya tidak dapat melihat mengapa kami tidak boleh melakukannya lagi,” kata Jesse Lingard kepada Sky Sports.

Jesse Lingard
MANCHESTER, ENGLAND – FEBRUARY 25: Jesse Lingard of Manchester United celebrates after scoring his sides second goal with team mates during the Premier League match between Manchester United and Chelsea at Old Trafford on February 25, 2018 in Manchester, England. (Photo by Clive Brunskill/Getty Images)

”Kami perlu memberikan 100% penumpuan terhadap tugas kami dan mendapatkan tiga mata penuh kerana kerana itu matlamat kami beraksi.”

”Anda mempunyai pemain disamping anda dengan memberikan 100% dan selagi kami mampu beraksi baik pada hari tersebut (Ahad), kami boleh untuk memperoleh tiga mata.”

”Kami perlu beraksi dengan keyakinan dan tidak gentar. Jika kami melakukan perkara tersebut, kami boleh menang dan mendapatkan tiga mata. Kami perlu yakin untuk bermain, kami tahu ini adalah perlawanan besar tetapi keyakinan adalah faktor yang besar.”

Kemenangan keatas Manchester City bukan sahaja dapat menghalang mereka untuk meraikan kejuaraan dengan lebih awal, tetapi ianya juga untuk mengukuhkan kedudukan United di tempat kedua Liga Perdana Inggeris.

Pada 10 Disember 2017, United kecundang 2-1 pada perlawanan di Old Trafford. David Silva dan Nicolas Otamendi berjaya menghasilkan jaringan buat lawan.

Manakala jaringan tunggal dari Marcus Rashford belum cukup buat Manchester United untuk sekurang-kurangnya mencatatkan keputusan seri.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN