FC Pemanis, Kelab Berpangkalan Di Kuala Terengganu Adakan Pemilihan Terbuka 6 April 2018

Pasukan bola sepak komuniti FC Pemanis yang berpangkalan di Kuala Terengganu akan mengadakan sesi pemilihan pemain pada 6 April ini.

FC Pemanis mahu melengkapkan pasukan bagi menghadapi Liga Kuala Terengganu musim 2018 dan kemudian akan beraksi di Terengganu Amateur League yang juga merupakan Liga M5 Terengganu.

Selain daripada kejohanan liga, FC Pemanis turut bersaing dalam Piala FA Kuala Terengganu.

Semua pemain yang berbakat ataupun mahu meyakinkan jurulatih FC Pemanis boleh hadir ke sesi pemilihan pemain. Ini adalah maklumat pemilihan terbuka tersebut.

Tarikh: 6 April 2018 (Jumaat) 5.00 Petang
Lokasi: Padang Imtiaz/Kospint Serada

Para pemain perlu hadir dengan kelengkapan diri yang sebaiknya seperti, kasut, shin guard, glove (jika penjaga gol), tight dan yang kelengkapan yang berkaitan.

Hebahan sudah pun dibuat menerusi laman Facebook rasmi FC Pemanis.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh hubungi Coach Buyuk di talian +60 17-922 0005 atau Coach Joe di talian ‭+60 11 2072 9447‬.

Kongsikan berita ini dengan rakan-rakan anda yang mahu bermain bola sepak dengan sebuah kelab di Kuala Terengganu.

Selamat maju jaya kepada anda yang datang ke sesi pemilihan. Siapa tahu, ini adalah permulaan anda menjadi pemain bola sepak di peringkat tertinggi suatu hari nanti.

Untuk pasukan FC Pemanis kami juga ucapkan selamat maju jaya dalam menghadapi kempen 2018.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN