Memphis Depay: Pelengkap Kekurangan United

Sekali lagi, Manchester United bakal menamatkan musim tanpa sebarang trofi. Tetapi peminat Manchester United mempunyai sebab untuk berasa optimistik pada musim depan. Semuanya kerana selepas perpindahan Memphis Depay ke kelab mereka disahkan oleh PSV.

United ‘terpaksa’ menandatangani Memphis Depay?

Louis van Gaal mengaku United terpaksa bertindak cepat untuk menandatangani Depay setelah beberapa kelab besar lain seperti Liverpool,Tottenham Hotspurs dan PSG turut mengumumkan minat mereka.

Gusar harga pasaran Depay akan naik melambung kerana minat PSG, United bertindak pantas untuk menandatangani Depay ketika musim liga belum pun berakhir.

Akhirnya pada 7 Mei 2015, Depay sah milik Manchester United (bergantung kepada keputusan ujian kesihatan) seperti yang diumumkan oleh Twitter rasmi PSV Eindhoven.

depay announce

Menurut laman web Transfermarkt.com, yuran perpindahan yang dibayar oleh United adalah sebanyak €27.5 juta (£19.85 juta). Beliau dijangka menerima gaji sekitar €120,000 (£90,000) seminggu.

Stail permainan

Di atas kertas, Memphis Depay merupakan seorang pemain muda yang mempunyai prospek yang cukup bagus untuk menyinar di Old Trafford.

Depay merupakan pakej lengkap untuk menjadi pemain pujaan peminat United. Masih muda, pantas, mempunyai skil individu yang tinggi dan berupaya melakukan jaringan dari jarak jauh – beliau sudah pun membuktikan kemampuannya menjaringkan gol.

22 gol dari 29 perlawanan liga bagi pemain berusia 21 tahun adalah statistik yang mengagumkan.

Faktor van Gaal

Rekod Loius van Gaal mengasah bakat muda di Ajax Amsterdam dan AZ Alkmaar ternyata menjadi faktor penting mengapa Depay akan berjaya di United.

Untuk rekod, ini bukan kali pertama Depay bermain dibawah tunjuk ajar van Gaal. Depay merupakan salah seorang anggota pasukan Belanda semasa Piala Dunia 2014. Siapa boleh lupakan gol kemenangan cantik Belanda yang menewaskan Australia 3-2? Ia dijaringkan oleh Depay!

memphis-depay-goal-against-australia

Nama-nama besar pemain Belanda yang pernah menjadi watak penting dalam kejayaan di Old Trafford juga ramai. Kejayaan Ruud van Nistelrooy, Jaap Stam dan Robin van Persie boleh dijadikan penanda aras dan contoh oleh Depay.

Baca: Bagaimana Daley Blind Secara Tak Sengaja Membantu Jerman Menang Piala Dunia

Pernah menolak tawaran Manchester United

Selepas disenarai pendek sebagai salah seorang pemain muda terbaik sewaktu kempen Piala Dunia yang lalu, Manchester United sebenarnya sudah cuba mendapatkan khidmat Depay.

Namun, Depay enggan meninggalkan kelab PSV Eidenhoven kerana beliau mendambakan kejayaan terlebih dahulu sebelum berpindah.

Akhirnya, impian Depay tercapai apabila PSV Eidenhoven merangkul kejuaraan pertama mereka sejak tahun 2008, dengan beliau menjadi watak penting dalam memacu kejayaan tersebut.

Dutch Eredivisie - "PSV Eindhoven v SC Heerenveen"

Aset permainan Depay

Selain mempunyai kelajuan yang tinggi, aset utama Depay adalah abiliti kaki kanannya untuk mencetak gol-gol cantik dari pelbagai jarak.

Masakan tidak, 16 daripada 22 gol yang dijaringkan Depay pada musim ini adalah daripada sepakan kaki kanan. 8 darinya merupakan rembatan dari luar kotak penalti.

Untuk rekod, dari 29 perlawanan liga, Depay telah melakukan sejumlah 158 percubaan (ya, 158 percubaan!). Lebih mengagunkan, 48% daripada percubaan beliau adalah percubaan tepat ke arah gol.

depay shot

Tak cukup dengan itu, kebolehan Depay mengambil sepakan percuma juga tidak boleh dipandang dengan sebelah mata.

Setakat artikel ini ditulis, Depay telah menjaringkan 6 gol daripada 30 sepakan percuma dalam saingan liga musim ini. Jauh lebih baik dari Messi (dua gol dari 35 sepakan) dan Cristiano Ronaldo (satu gol dari 29 sepakan).

depay pbase

Peringatan buat peminat United

Sebagai seorang pemain muda yang bakal berhijrah ke salah satu liga terbaik di dunia, Depay  pastinya memerlukan masa untuk menyesuaikan diri.

Beberapa kesilapan akan beliau lakukan tetapi itu semua proses normal penyesuaian diri. Jadi, masa dan tunjuk ajar yang berkesan perlu diberikan kepada beliau sebagai bimbingan kearah mencapai potensi dirinya yang sebenar.

depar dailymail

Sejarah pemain Eredivise di England memihak Depay

Peminat-peminat The Red Devil mengharapkan Depay bakal mengikut jejak langkah Jaap Stam dan Ruud van Nistelrooy yang berhijrah dari PSV Eidenhoven ke Old Trafford. Depay berpotensi menjadi satu lagi ikon kejayaan pemain Eredivisie yang berjaya di Liga Perdana Inggeris.

Dengan mendapat jolokan “the new Robben“, Depay harus berusaha untuk membuktikan kebolehannya di liga yang lebih laju, fizikal dan intensif. Satu perkara yang pasti, beliau perlu mengelak kecederaan panjang di awal kariernya untuk berjaya di England.

SpryBreakableHypsilophodon

Selamat berjaya dari kami di SemuanyaBola!

Baca juga: Gary Neville Memberitahu Apa Kesilapan David Ospina Dengan Bantuan Jamie Carragher

Sumber gambar: GfycatDailyMailTwitterSquawka, Bleacher Report & PBase.

LIKE dan FOLLOW SemuanyaBola di Facebook serta Twitter

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN