Reaksi Twitter Selepas Bale Gagal Membantu Real Menyekat Juventus

Gareth Bale, sekali lagi mengecewakan peminat Real Madrid susulan kegagalan skuad Ancelotti itu menyekat kemaraan Juventus awal pagi tadi. Bale menerima kritikan negatif dan dihentam teruk termasuklah menjadi mangsa ejekan di laman sosial Twitter. Dan dia menyatakan, dia bermain dengan baik.

Ada masanya ia turun dan naik (prestasi). Namun secara peribadi, saya merasakan saya bermain dengan baik.

Tonggak Wales tersebut gagal memanfaatkan beberapa peluang terhidang. Walaupun sebelum perlawanan, ejen Bale sendiri mendakwa bahawa rakan sepasukan Bale tidak akan menghantar bola dengan kerap kepadanya. Hakikatnya, sebaliknya pula berlaku. Bale sendiri mengakui dia harus memperbaiki sentuhan penyudahnya untuk mengembalikan kepercayaan Madritas terhadapnya.

Mungkin saya gagal menjaringkan gol untuk detik penting macam yang saya mahukan. Namun corak permainan saya semakin bagus. Finishing saya tak begitu baik dan itu adalah sesuatu yang harus diperbaiki untuk musim depan

Bale yang benilai £85.3m itu hanya menyumbat 15 gol dalam 45 perlawanan musim ini. Dia juga dikaitkan dengan spekulasi perpindahan ke Manchester United selain kembali ke Tottenham selepas gagal menyerlah di Bernabeu kebelakangan ini. Dan untuk menamatkan artikel ringkas ini, saya hidangkan kepada anda antara reaksi tweet terbaik selepas persembahan mengecewakan Bale.

https://twitter.com/ALI_LFC_/status/598587765387821056

https://twitter.com/Reemy_Dan/status/598593503216607232

https://twitter.com/BBCSporf/status/598590086951895040

Mungkinkah Gareth Bale yang kita kenal suatu ketika dahulu akan kembali ke prestasi kemuncaknya?

kredit featured image: talksport.com
LIKE dan FOLLOW SemuanyaBola di Facebook serta Twitter

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN