Bagaimana Daley Blind Secara Tak Sengaja Membantu Jerman Menang Piala Dunia

Pada 2 April lepas, Balls.ie (laman web sukan yang berpangkalan di Ireland) telah mengadakan satu sesi diskusi yang membincangkan tentang kepentingan data dalam sukan.

Antara panel bagi sesi diskusi ini ialah pengasas bersama Balls.ie, Ger Gilroy, wartawan Financial Times dan penulis buku bola sepak Simon Kuper serta Dr Tom, ketua pembangunan strategik di Sport Interactive(syarikat yang membangunkan Football Manager).
daley1
Pelbagai perkara yang dibincangkan dalam sesi ini dan perkara paling menarik perhatian ialah apabila Simon Kuper memberitahu bagaimana Daley Blind secara tak sengaja telah membantu Jerman menang Piala Dunia.

Simon Kuper telah menunjukkan video perlawanan di antara pasukan Belanda bawah 21 tahun menentang pasukan Jerman bawah  21 tahun. Video 2 tahun lepas ini menunjukkan bagaimana Daley Blind menghalang cubaan 1-2 pasukan Jerman.

Bagaimana Video Ini Membantu Jerman Menang Piala Dunia?

Sebulan sebelum bermulanya Piala Dunia, pasukan kebangsaan Jerman telah menyediakan satu apps kepada pemain-pemain mereka. Dalam apps tersebut, mereka telah menyediakan video kerana pemain-pemain suka menonton video dan video merupakan salah satu sumber pembelajaran santai untuk para pemain.

Penganalisis data Jerman sangat sukakan video Daley Blind ini kerana bagi mereka ini merupakan cara terbaik untuk menghalang cubaan 1-2. Sebelum perlawanan suku akhir antara Perancis dan Jerman, pengalisis data mereka sekali lagi menekankan video ini kepada para pemain Jerman kerana Perancis merupakan antara negara yang mengamalkan corak permainan 1-2 sebagai sebahagian daripada budaya bola sepak mereka.

Apa yang Blind buat berdasarkan video ini ialah Blind hanya mengikut pemain(stay with the player) yang melakukan 1-2 dan bukannya mengejar bola yang biasanya pemain bola sepak lakukan.

Saksikan video di bawah untuk anda lebih faham bagaimana Daley Blind menghalang cubaan 1-2.

Video ini juga dijadikan rujukan para pemain Jerman sebelum perlawanan menentang Brazil dan Argentina kerana selain Perancis, Brazil dan Argentina juga merupakan negara yang mengamalkan corak 1-2 dalam budaya bola sepak mereka.

Lihat video di bawah untuk rakaman penuh diskusi berkenaan kepentingan video Daley Blind dalam menyumbang kepada kejayaan Piala Dunia pasukan Jerman.

Inilah pentingnya penganalisis data dalam bola sepak. Siapa sangka video yang ringkas ini sebenarnya memberi impak yang besar dalam menentukan keputusan perlawanan.

Sumber: Balls.ie

Baca: 11 Filem Bola Sepak Terbaik Yang Wajib Anda Tonton

LIKE dan FOLLOW SemuanyaBola di Facebook serta Twitter

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN