Kenapa Memecahkan Zon 14 (Tight Area) Penting Di Dalam Bola Sepak

Memecahkan zon 14 adalah perkara yang sangat penting dan kadangkala juga sangat sukar di dalam bola sepak.

Dalam analisis taktikal yang saya buat, anda pasti selalu terjumpa perkataan hantaran penetratif.

Secara definisinya, ia merujuk kepada hantaran yang terus masuk ke dalam kawasan bahaya ataupun memecahkan unit pertahanan lawan di tight area.

Kawasan bahaya dan tight area yang dimaksudkan adalah sekitar zon 14 ataupun terus ke kawasan gol. Lihat rajah di bawah ini.

Ini antara contoh apabila pasukan itu tidak ada ‘keberanian’ ataupun kemampuan untuk masuk ke tight area.

Mereka menjauhi kawasan tersebut dan pergi ke zon sisi.

Dalam artikel lama kami Apakah Zon 14 (Kawasan Paling Berbahaya Di Padang) Dalam Bola Sepak?

Kami menjelaskan bagaimana zon 14 menjadi pusat ancaman utama dalam bola sepak.

Ini antara contoh pass map apabila sesebuah pasukan terlalu kurang hantaran penetratif.

Ada pasukan banyak melakukan hantaran dan penguasaan bola di dalam sesuatu perlawanan tetapi bermasalah untuk melakukan hantaran penetratif.

Jika hal ini berlaku, ia akan menjadikan hantaran yang banyak tidak ada ancaman.

Pattern yang biasa kita lihat apabila sesebuah pasukan itu gagal melakukan hantaran penetratif adalah, mereka akan terlalu banyak melakukan hantaran ke sisi (sideway) dan juga hantaran ke belakang.

Untuk melakukan hantaran penetratif, memerlukan kreativiti dan pergerakan taktikal yang berkesan sama ada gerakan dengan bola mahupun tanpa bola.

Tidak lupa juga keberanian untuk masuk ke dalam kawasan ketat (tight area).

Sebab itu dalam bola sepak moden ramai jurulatih memilih sistem yang ada no.10 ataupun penyerang kedua untuk memecahkan tight area.

Kami selalu gelar ia sebagai hole player ataupun pemain di kawasan poket.

Jadi, sukar untuk melihat 2 target man digandingkan dalam sistem taktikal moden hari ini. Formasi 4-2-3-1 dan 4-4-1-1 antara formasi asas yang baik untuk bermain hantaran penetratif.

Ini adalah antara contoh ketika Liridon memperbaiki isu Kedah di tight area ketika menentang Pahang.

Anda boleh baca analisis penuh di sini.

Ini yang membezakan pasukan yang bermain hantaran yang banyak tapi penetratif seperti Barcelona dengan pasukan yang melakukan hantaran yang banyak tetapi kurang penetratif.

Dalam artikel Jorge Pereyra Diaz, Senjata Utama Mario Gomez Mengejutkan Bola Sepak Malaysia, diterangkan bagaimana Mario Gomez dan JDT mendominasi bola sepak Malaysia dengan Diaz The Pocket Man.

Ini antara contoh ketika sistem zon 14 Gomez dineutralkan oleh zonal marking Bengaluru, anda boleh lihat JDT jadi tidak penetratif. Banyak hantaran ke sisi dilakukan.

Rumusan

Memecahkan tight area adalah penting walaupun sesebuah pasukan itu lebih akses ke dalam kotak penalti lawan secara unit.

Perkara yang paling penting adalah kemampuan pemain melakukan hantaran pada kadar kelajuan dan kekuatan yang sesuai.

Ini memerlukan latihan yang beterusan untuk membentuk aspek teknikal supaya semua pemain ada kemampuan hantaran yang baik.

Dari segi gerakan, pemain-pemain perlu dilatih dengan gerakan taktikal (tanpa bola) untuk membentuk permainan kombinasi yang penetratif bukannya syok sendiri.

Baca juga: Memahami Apa Itu Pembahagian 18 Zon Di Dalam Padang

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN