Dalam bola sepak, adalah perkara normal untuk kita saling ‘bahan’ atau melakukan banter terhadap pasukan lawan.
Ia sering dilakukan oleh para peminat lazimnya, namun dalam bola sepak moden kini ia sudah seperti perkara biasa bagi pasukan media bagi mana-mana pasukan untuk turut melakukannya juga.
Contohnya laman Twitter pasukan-pasukan dari Bundesliga sering menghasilkan banter yang cukup menarik dan lazimnya kelakar kepada pasukan lawan mereka atau kepada peminat.
Melaka United banter dengan JDT?
Di Malaysia, pasukan-pasukan seperti dan JDT dan Kedah sering menjadi pasukan yang kerap memuat naik kata-kata semangat di laman rasmi mereka.
Ia memberikan pelbagai makna, sama ada ia memang ditujukan kepada pasukan atau ditujukan secara umum kepada peminat mereka.
Terbaharu, pasukan Melaka United juga turut menyertai trend ini.
Mereka hari ini memuat naik gambar yang terturut ayat “passion beats talent” yang bermaksud “semangat mengatasi bakat”.
Ia seolah ditujukan kepada pasukan JDT sebagai banter kerana dalam gambar tersebut hanya muka pemain import mereka iaitu Jeon Woo-Young.
Pemain tersebut merupakan wira Melaka United ketika menentang JDT tempoh hari apabila menjaringkan gol penyamaan pada minit-minit akhir permainan.
Bagi kami, ia merupakan satu perkara positif yang dialuk-alukan dalam bola sepak Malaysia. Banter sebegini tidak lebih dari memeriahkan bola sepak Malaysia itu sendiri.
Asalkan ia tidak berlebihan, ia bukan sekadar memeriahkan tetapi merapatkan lagi hubungan antara 2 pasukan.
Baca juga: 3 Tips Untuk Bina ‘Winning Team’ Menurut Buku ‘Leading’ Tulisan Sir Alex Ferguson