Melaka & Sarawak Masih Boleh Sertai Liga Malaysia Tapi…

Melaka United

Semalam, Malaysian Football League (MFL) telah pun mengesahkan yang Melaka United dan Sarawak United tidak akan bertanding dalam saingan Liga Super 2023 akibat kekurangan dalam hal perlesenan kelab.

Keputusan yang dibuat oleh badan penganjur liga itu menyaksikan Liga Super 2023 yang dirancang akan mempunyai 18 pasukan kini dikecilkan kepada 16 kelab sahaja.

‘Tiada Lagi Nyawa’ – Melaka & Sarawak Tak Akan Beraksi Di Liga Super 2023

Dengan penyingkiran dua kelab ini, mereka sekali gus tersingkir untuk menyertai mana-mana kejohanan Liga Malaysia musim hadapan.

Namun begitu, mereka sebenarnya masih lagi berpeluang untuk meneruskan penglibatan mereka dalam Liga Malaysia musim hadapan dengan turun ke divisyen bawahan.

Caranya adalah dengan Melaka dan Sarawak menyertai Amateur Football League (AFL) dan memulakan hidup baharu dalam saingan Liga M3.

Liga M3 adalah saingan yang paling hampir dengan Liga Super selepas Liga Premier direhatkan dulu penganjurannya.

Dan kerana kedua-dua pasukan ini tidak boleh menyertai liga simpanan yang bakal diwujudkan, maka hanya AFL sahaja saingan yang mereka boleh tuju.

Melaka dan Sarawak kedua-duanya boleh menyertai AFL dengan mengemukakan permohonan kepada badan penganjur liga bawahan itu.

Akan tetapi, mereka pastinya memerlukan kelulusan AFL dahulu sebelum boleh masuk bertanding.

Bagi Ketua Pegawai Operasi AFL, Raimi Fakri Fuad, situasi dialami Melaka dan Sarawak memerlukan perbincangan antara MFL dan pihak mereka terlebih dahulu.

“Kita kena tengok dulu macam mana penyingkiran itu dibuat. Sebab kalau mereka jatuh terus ke Liga M3 itu kenalah penyingkiran yang bermerit.

“Tapi jika disebabkan oleh hal perlesenan sebegini, pihak saya atau AFL perlu duduk berbincang untuk melihat semula bentuk hukuman yang diberikan kerana gagal dalam isu perlesenan ini,” kata Raimi menerusi Harimau Malaya.

Raimi turut menegaskan yang jika Melaka dan Sarawak menamatkan saingan di dua kedudukan terbawah liga, maka ianya lebih mudah untuk proses penyingkiran ke Liga M3 dilakukan.

Jika kedua-dua pasukan ini tidak berjaya untuk ke Liga M3 atau AFL secara keseluruhan, mungkin Melaka dan Sarawak perlu beraksi di luar Malaysia.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN