Duka Terlalu Pahit, Messi Setahun Tak Tidur Malam Kenang Tewas Piala Dunia 2014

Lionel Messi

Pemain Argentina, Lionel Messi merupakan pemain yang banyak beraksi dalam perlawanan akhir serta mendakap pelbagai kejuaraan.

Namakan sahaja, Copa Del Rey, UEFA Champions League, Copa America semuanya Messi telah bermain dalam perlawanan tersebut dan memenanginya.

Ada perlawanan akhir yang Messi menang dan kalah. Tetapi, terdapat satu perlawanan akhir yang memberikan luka yang cukup mendalam kepada beliau.

Ianya adalah perlawanan akhir Piala Dunia 2014 di Brazil dimana Argentina kalah kepada Jerman.

Kekalahan 1-0 kepada Jerman itu memberikan luka yang teramat dalam kepada Messi kerana perlawanan itulah yang paling hampir untuk beliau meraih Piala Dunia.

Luka yang dialaminya cukup dalam hinggakan Messi mengambil masa setahun untuk bangkit daripada hal itu dengan beliau tidak tidur malam dalam tempoh tersebut.

Bekas ejen Messi, Fabian Saldini mendedahkan yang pemain itu begitu sukar untuk melupakan kekalahan tersebut dengan selepas tewas kepada Jerman, Messi kemudiannya tewas lagi beberapa perlawanan akhir bersama Argentina.

Saldini mendedahkan yang selepas 10 tahun tidak berjumpa Messi, pemain itu akhirnya menceritakan episod duka itu kepadanya.

“Ketika saya berada dirumahnya selepas 10 tahun tidak bertemu, beliau memberitahu saya, ‘Fabi, sudah setahun saya selalu berjaga malam memikirkan mengenai perlawanan [menentang Jerman] di Brazil.

“Saya tak boleh tidur, dan saya [kini] saya boleh beritahu yang sekarang masalah itu telah pergi,” kata Saldini menerusi Infobae.

Apa yang menjadikan ianya ironi adalah ketika Messi memberitahu Saldini mengenai perkara tersebut, beliau baru sahaja kalah perlawanan akhir Copa America 2015 kepada Chile.

Walaupun pada 2015 Messi merangkul treble bersama-sama Barcelona, ternyata beliau melaluinya dengan duka di dalam hati yang tiada siapa tahu.

Jiwanya hanya untuk Argentina

Walaupun memperoleh pelbagai kejuaraan bersama-sama Barcelona dan Paris Saint-Germain, tetapi bagi Messi adalah kemenangan dengan Argentina yang paling utama.

Saldini mengatakan yang jiwa Messi untuk Argentina terlalu kuat hinggakan pemain itu sanggup menolak tawaran menyertai Sepanyol satu ketika dahulu.

“Messi sanggup mati untuk Argentina, dia sanggup.

“Itulah cintanya. Cintanya untuk Argentina, bukan untuk Barcelona atau Newell’s Old Boys. Cinta Messi adalah untuk Argentina. Cinta terhebatnya adalah pasukan kebangsaan.

“Beliau buatkan saya cukup gembira apabila bergelar juara kerana saya tahu segala derita yang dialaminya. Segala derita itu dibunuh di sini [Copa America 2021]. Walaupun sedang mengalami kecederaan, Messi tetap datang ke skuad kebangsaan,” kata Saldini.

Maka tidak hairanlah kenapa Messi begitu gembira dengan kejuaraan Copa America yang diraih pada 2021 serta La Finalissima pada 2022.

Dengan skuad yang cukup ampuh dan bersatu, Messi pastinya akan mensasarkan kejuaraan Piala Dunia 2022 untuk melengkapkan kariernya yang sudah cukup gemilang.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN