Mekar Mewangi Di Leipzig, Angelino Tarik Minat Barcelona

Angelino Leipzig Barcelona

Barcelona telah  menyatakan hasrat mereka untuk mendapatkan pemain pertahanan kiri Manchester City, Angelino selepas kelab Liga Perdana Inggeris itu meletakkan harga €30 juta (RM148 juta) untuk pemain yang dipinjamkan ke RB Leipzig tersebut.

Pada musim panas tahun lepas, Angelino kembali menyertai City dari kelab Belanda, PSV Eindhoven dengan mengaktifkan klausa beli semula bernilai £5.3 juta, namun pemain kelahiran Sepanyol itu gagal menyerlah di bawah kendalian Pep Guardiola.

Pemain berusia 23 tahun itu cuma beraksi 12 perlawanan sahaja dalam semua pertandingan termasuk ketika pasukannya tewas kepada Liverpool dan Manchester United sebelum menyertai Leipzig secara pinjaman pada Januari lalu.

Bintangnya kembali menyinar di bawah bimbingan Julian Nagelsmann sehingga berjaya membantu kelab Bundesliga itu mara ke peringkat separuh akhir Liga Juara-Juara Eropah sebelum disingkirkan Paris Saint-Germain termpoh hari.

Namun menurut laporan Bein Sports, aksinya yang amat berkesan di posisi bek sayap kiri telah menarik minat Barcelona di bawah pimpinan pengurus baharu, Ronald Koeman yang kini berusaha untuk mendapatkan seorang pemain yang boleh menggantikan Jordi Alba untuk jangka masa panjang.

Namun kelab La Liga itu perlu bersaing dengan Leipzig yang juga berhasrat mahu membeli Angelino secara tetap dengan mengaktifkan pilihan yang terkandung dalam kontrak pinjamannya.

“Saya sangat yakin kami akan memuktamadkan rundingan bersama Manchester City. Memandangkan sekarang kedua-dua kelab telah terkeluar dari UCL, tumpuan kini bukan lagi kepada kejohanan tersebut,” kata Nagelsmann.

https://twitter.com/_onthebreak_/status/1297502062536790018?s=20

“Angel adalah pemain yang sangat menarik untuk kami dan saya mahu dia terus kekal di sini bersama kami.”

Bagaimanapun ada juga kemungkinan Angelino akan terus kekal di Etihad pada musim baharu ini memandangkan Guardiola kini agak runsing dengan masalah di posisi pertahanan kiri.

Benjamin Mendy masih tercari-cari keyakinan dan prestasi terbaiknya selepas menjalani dua permbedahan lutut sejak perpindahan bernilai £52 juta dari Monaco pada 2017, sementara Oleksandr Zinchenko jelas pula bukan lagi pilihan untuk beraksi dalam kesebelasan utama.

Kedua-dua mereka, Mendy dan Zinchenko sekadar duduk di bangku simpanan dengan Joao Cancelo diletakkan di posisi bek kiri ketika City tewas 3-1 kepada Olympique Lyon ketika perlawanan suku akhir UCL tempoh hari.

Selain Angelino, kelab Catalan tersebut juga menyasarkan seorang lain pemain muda Sepanyol, Jose Gaya yang mungkin lebih mudah untuk disambar memandangkan Valencia kini sedang menghadapi masalah kewangan yang serius.

Baca juga artikel kami yang lain mengenai bola sepak Eropah:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN