Mehmed Durakovic Puji Semangat Juang Para Pemain Bangkit Atasi Selangor

Mehmed

Semangat juang tinggi ditampilkan para pemain Perak ketika bangkit menewaskan Selangor 3-2 jelas menggembirakan pengendali pasukan, Mehmed Durakovic.

Kemenangan yang diraih membolehkan Perak berada ditangga keenam Liga Super Malaysia 2019 dengan 30 mata. Hanya satu mata dibelakang Selangor yang menghuni tangga ke-5 ketika ini.

Mehmed yang juga merupakan bekas pemain Selangor pada era 90an itu nyata berpuas hati dan cukup gembira dengan kebangkitan dijelmakan anak buahnya.

”Sangat gembira malam ini, sangat-sangat gembira. Ia tidak mudah kerana kami tidak mempunyai skuad yang besar. Anda boleh melihat malam ini pemain memberikan 100% untuk kembali bangkit.”

Mehmed Durakovic

”Selangor merupakan lawan yang cukup baik. Mereka mempunyai pemain import yang baik, pemain tempatan yang baik. Begitu juga memiliki jurulatih dan barisan kejurulatihan yang baik. Ia tidak mudah untuk menewaskan mereka.”

”Syukur pada Tuhan, pemain saya layak untuk menang. Mereka bermain baik terutamanya pada babak pertama. Kami melakukan dua kesilapan dan dibolosi dua gol tetapi semangat juang dipamerkan amat luar biasa.”

”Bukan mudah untuk kembali bangkit daripada ketinggalan. Kami juga adalah pasukan yang baik. Saya sangat gembira dengan persembahan malam ini (semalam),” jelas Mehmed lagi ketika ditemui wakil Semuanya BOLA selepas perlawanan.

Perak yang akan beraksi pada perlawanan akhir Shopee Piala FA 2019 pada 27 Julai ini masih berbaki dua perlawanan Liga Super yang akan diharungi.

Selepas ini mereka akan ke Alor Setar untuk bertemu Kedah, lawan yang sama bakal ditemui di Stadium Nasional Bukit Jalil nanti dan Kuala Lumpur menanti pada aksi penutup tirai liga musim ini.

Kredit foto: Perak TBG

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN