Quantcast

LIGA MALAYSIA

Presiden Baharu KAFA Janji Pembaharuan Buat Pasukan Kelantan

Presiden baharu Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) iaitu Wan Abdul Rahim Wan Abdullah memasang cita-cita tinggi untuk mengembalikan reputasi pasukan Kelantan dalam arena bola sepak negara.

Memetik sumber Bernama, Rahim berkata ianya merupakan satu tugas yang cukup mencabar untuk memperbaik bola sepak Kelantan yang kini cukup bermasalah.

Katanya, fokus beliau kini adalah untuk menghabiskan dahulu musim Kelantan kali ini yang cukup sengsara.

Kemudian, pelan tindakan sepatutnya akan dilakukan untuk membawa merancang persiapan pasukan itu untuk musim depan.

Posted by Kelantan FA on Sunday, July 7, 2019

Dalam masa yang sama, Rahim dan barisan kepimpinan baharu KAFA turut memberi fokus untuk menyelesaikan isu tunggakan gaji yang tidak berjaya diselesaikan hingga kini.

Rahim menyedari tugas ini amat sukar, tetapi beliau mengambil tindakan dengan cuba mendapatkan buah fikiran dari Majlis Penasihat KAFA.

“Saya mengambil kira pandangan yang diberikan oleh bekas Presiden KAFA sendiri seperti Tan Sri Annuar Musa dan juga Datuk Nasir Hamzah.”

Rahim merupakan Presiden KAFA yang baharu menggantikan Bibi Ramjani Ilias Khan selepas satu mesyuarat agung luar biasa diadakan untuk mencari presiden baharu.

Beliau akan berkhidmat untuk tempoh penggal dari tahun 2019-2023.

Kelantan kini dalam misi sukar untuk mempertahankan status mereka sebagai pasukan Liga Premier apabila berjuang di dasar liga.

Terbaharu mereka tewas 3-1 di tangan pasukan yang mencabar tempat ke Liga Super iaitu PDRM.