Mehmed Durakovic: Berita Gembira Pasukan Dapat Kembali Jalani Latihan

Mehmed Durakovic

Ketua jurulatih Perak, Mehmed Durakovic, menganggap kebenaran yang diberikan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) kepada semua pasukan memulakan latihan pada 15 Jun ini sebagai satu berita yang tidak disangka namun cukup menggembirakan.

Beliau jelas amat teruja mendapat perkhabaran itu kerana mengikut jangkaannya, semua pasukan hanya boleh memulakan latihan pada pertengahan Julai.

Berdasarkan perkembangan ini, beliau menjangkakan pemainnya akan lebih cergas serta bersedia menghadapi saingan Liga Malaysia yang berdasarkan perancangan pada September ini kerana mempunyai tempoh latihan antara sembilan ke sepuluh minggu.

“Memang satu berita yang amat dinantikan dan bertambah menggembirakan, kita boleh bermula pada 15 Jun ini iaitu satu tempoh yang lebih awal.

“Setelah tiga bulan berehat tanpa sebarang aksi bola sepak, tempoh diberikan ini cukup ideal dalam membina kembali tahap kecergasan pemain.

“Cuma dalam pelaksanaan Prosedur Operasi Standard (SOP), saya harap semua pemain dan pegawai mampu ikuti apa sahaja garis panduan ditetapkan kerana kita mahu semua pihak berasa selamat daripada ancaman wabak COVID-19.

“Malah bagi sesi latihan yang akan bermula nanti, pasti ini satu norma baharu kerana perlu elakkan sebarang kontak sesama pemain dan saya akan cuba memastikan perkara ini boleh diikuti semua dalam pasukan Perak,” jelas Mehmed Durakovic lagi

Semalam, Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Menteri Belia dan Sukan, Dato’ Sri Reezal Merican Naina Merican mengumumkan bahawa latihan bola sepak, sama ada secara profesional atau sosial telah dibenarkan untuk dijalankan semula mulai 15 Jun 2020.

Bagaimanapun, kebenaran itu tidak membabitkan sebarang bentuk pertandingan tetapi hanya untuk memulakan sesi latihan dengan SOP yang ketat.

Kredit featured image: Perak TBG

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN