Video Menunjukkan Nama Liverpool Terpahat Di Trofi EPL Tular

Liverpool EPL

Tular di media sosial satu video yang memaparkan nama Liverpool sudah pun diletakkan pada trofi Liga Perdana Inggeris (EPL) untuk juara musim 2019/20 sekalipun saingan liga musim ini masih belum berakhir dan berbaki sembilan perlawanan.

Tidak dapat dipastikan sama ada ia adalah trofi asli ataupun cuma sekadar trofi replika. Walau bagaimana pun, Liverpool kini hanya memerlukan dua kemenangan sahaja lagi untuk mengesahkan kejuaraan mereka buat kali pertama sejak tahun 1990.

Skuad kendalian Jurgen Klopp itu kini mendahului dengan 25 mata mengatasi pesaing terdekat, Manchester City dan dalam landasan tepat untuk mengakhiri kemarau selama 30 tahun.

Selepas muncul juara Eropah musim lepas, Liverpool meneruskan momentum mereka dalam saingan liga musim ini dengan mencatat 27 kemenangan, 1 seri dan hanya 1 kekalahan serta menjaringkan 66 gol.

The Reds akan menyambung buruan mereka untuk meraih kemenangan seterusnya pada 21 Jun ini dalam perlawanan Derbi Marseyside berdepan Everton. Sekiranya menang perlawanan tersebut, mereka berpeluang untuk menjulang trofi sekiranya menang ke atas Crystal Palace pada 25 Jun di Anfield.

Bagaimanapun, mereka tidak dapat menyambutnya di hadapan penyokong disebabkan larangan penonton ke stadium dan perarakan trofi dengan bas juga tidak dapat dilakukan ekoran larangan berkumpul oleh pihak kerajaan yang masih berkuat kuasa sehingga hari ini.

Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp dalam satu temubual bersama Sky Sports mengatakan, beliau sendiri terkilan kerana tidak boleh menyambut kejuaraan yang diimpikan itu di hadapan peminat di Anfield.

“Satu hari nanti kehidupan pasti akan kembali normal. Apabila vaksin telah dijumpai, apabila kita sudah jumpa penyelesaian atau kadar jangkita sudah mencapai angka sifar, barulah kami boleh menyambutnya secara besar-besaran.

“Jika ianya hanya akan berlaku dalam perlawanan ke-12 atau ke-13 musim depan, kami akan menyambutnya pada waktu itu, siapa yang boleh menghalang? Kami boleh bawa trofi itu dengan bas dan berarak di sekeliling bandar.

“Kalau ada yang dikir kami gila, saya tak peduli, asalkan kami dapat meraikannya. Mungkin agak pelik, tetapi kadangkala perkara ganjil itu OK,” kata Klopp.

Pihak Premier League masih belum mengeluarkan kenyataan mengenai video tersebut. Ada kemungkinan ianya adalah trofi replika yang digunakan oleh penyokong Liverpool di Thailand seperti video di bawah.

Baca juga artikel kami yang lain mengenai Liverpool:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN