Menurut berita daripada media Indonesia, OkeBola, Ikhsan Fandi yang telah dipuji oleh media Malaysia selepas berhasil meledak dua gol peribadi untuk Singapura mengatasi Malaysia adalah pemain berketurunan Indonesia.
Mereka juga tumpang gembira atas pencapaian penyerang berusia 22 tahun itu yang merupakan anak kepada lagenda Singapura, Fandi Ahmad. Pada malam itu, bukan hanya Ikhsan Fandi, dua lagi anaknya turut diturunkan beraksi oleh pengendali sementara, Nazri Nasir iaitu Irfan Fandi di benteng dan Ilhan Fandi di posisi serangan.
Ikhsan dan Irfan Fandi beraksi sepanjang 90 minit, sementara Ilhan Fandi hanya dimasukkan pada minit ke-71 menggantikan Taufik Suparno untuk bergandingan bersama abangnya, Ikhsan di jentera serangan The Lions.
Singapura berjaya mengatasi Malaysia 2-1 dalam aksi kedua skuad negara di saingan Tri-Nations Series 2022.
GOL! Ikhsan Fandi 76'
Singapura 2 – 1 Malaysia#SGPMAS pic.twitter.com/VW5axIycSU
— ASTRO ARENA (@ASTROARENA) March 26, 2022
Ikhsan Fandi terlebih dahulu meledak gol pada minit ke-30 hasil counter-attack yang menyaksikan Song Ui-yong membuat hantaran di depan gawang Harimau Malaya untuk disambutnya selepas Farizal Marlias tertewas.
Sekali lagi pada minit ke-76, hasil daripada counter-attack pantas, Ikhsan Fandi berjaya meloloskan diri daripada kawalan tiga pemain skuad negara untuk meledak jaringan menarik menewaskan Farizal Marlias kali kedua.
Walaupun menguasai perlawanan dan juga deretan percubaan ke gawang lawan, kegagalan skuad negara memanfaatkan setiap peluang jelas mengundang rasa kecewa rata-rata penyokong terutama sepakan penalti Safawi Rasid yang hanya singgah di palang gol tuan rumah yang dikawal oleh Hassan Sunny pada minit ke-47.
Gol saguhati Harimau Malaya diledak pemain naturalisasi, Liridon Krasniqi pada minit ke-57 – gol sulungnya.
Media Malaysia Sanjung Pemain Keturunan Indonesia yang Bikin Timnas Singapura Hancurkan Malaysia #LengkapCepatBeritanya #Bola #SepakBola #SepakbolaDunia #BolaDunia . https://t.co/sitHvOMie9
— Okezone (@okezonenews) March 27, 2022
Menurut OkeBola, mereka gembira dengan kejayaan pemain keturunan mereka, Ikhsan Fandi yang berhasil mencetak dua gol ke atas Malaysia ditambah pula dengan pujian daripada media-media daripada Malaysia.
Mereka mengklasifikasikan dua gol penyerang muda itu sebagai gol yang telah menghancurkan Malaysia.
Timbul persoalan, adakah anak Fandi Ahmad itu dilahirkan di Indonesia? Adakah Fandi Ahmad berketurunan Indonesia? Jika tidak, bagaimana media Indonesia mengaitkan Ikhsan Fandi sebagai pemain keturunan mereka.
Menurut mereka, walaupun Fandi Ahmad dan anak-anaknya lahir di Singapura, ayah dan datuk tiga beradik itu berasal dari Jawa Timur berketurunan Pacitan. Sebab itu, mereka memiliki darah Indonesia dalam diri mereka.
Ini bukanlah kali pertama mereka mengaitkan pemain-pemain dari Asean dengan mereka. Sebelum ini mereka pernah mengaitkan Noh Alam Shah (Singapura) dan Mahalli Jasuli (Malaysia) sebagai berketurunan Indonesia.