Dua Gol Ikhsan Fandi Lenyapkan Terus Momentum Skuad Kebangsaan di Singapura

Dua gol daripada bintang Singapura, Ikhsan Fandi cukup untuk menggamamkan para penyokong Malaysia yang mahu melihat kejayaan kedua skuad Harimau Malaya setelah sebelum itu tampil cemerlang membenam cabaran Filipina.

Hasrat Malaysia untuk meneruskan momentum cemerlang pada aksi perlawanan persahabatan kali ini terbantut setelah mereka tewas di tangan tuan rumah, Singapura dengan keputusan 0-2 di Stadium Nasional sebentar tadi.

Malaysia hampir meledak gol seawal permainan menerusi Safiq Rahim setelah pertahanan lawan sedikit terpedaya dengan gerakan pantas yang dicipta skuad kebangsaan. Namun, rembatan Safiq sedikit tersasar di sebelah kiri gawang gol.

Lima minit permainan berlangsung jelas tuan rumah iaitu Singapura diasak bertali arus oleh Malaysia menerusi serangan pantas dari sebelah kiri yang melibatkan Akhyar Rashid.

Malaysia berhasil mencipta satu lagi percubaan berbahaya pada minit ke-6 menerusi Safawi Rasid dari luar kotak penalti yang melepaskan rembatan deras namun bola sekadar melewati gawang gol lawan untuk terus memberi kelegaan buat pertahanan lawan.

Singapura nyata tidak banyak yang dapat dicipta mereka untuk mencari gol awal permainan apabila 10 minit pertama aksi permainan, mereka lebih banyak bertahan dengan serangan Malaysia yang sangat berbahaya.

Malaysia terpaksa membuat pertukaran awal apabila penyerang negara, Syafiq Ahmad yang mengalami kecederaan pada minit ke-16 untuk digantikan oleh Mohamadou Sumareh sekali gus membawa perbezaan dari segi corak permainan.

Safiq sekali lagi mendapat peluang yang terbuka dalam petak gol setelah menerima umpanan cantik daripada Safawi Rasid dari sebelah kanan namun rembatannya kali ini berjaya diselamatkan oleh Hassan Sunny pada minit ke-20.

Singapura berpeluang untuk mencipta gol pertama perlawanan namun tandukan Ikhsan Fandi sedikit tersasar melewati gawang gol pada minit ke-21 setelah menerima hantaran lambung dari sebelah kiri mereka.

Singapura dengan tidak semena-mena berjaya menghasilkan gol pertama perlawanan apabila serangan balas yang dicipta Song Uiyong dari sebelah kanan dan disudahkan dengan baik oleh Ikhsan Fandi bagi menewaskan Farizal Marlias yang sebelum itu tidak banyak diuji pada minit ke-30 untuk meletakkan tuan rumah di hadapan mengatasi Malaysia.

Pada penghujung separuh masa pertama, Malaysia memiliki beberapa peluang untuk menyamakan kedudukan menerusi sepakan percuma Safawi Rasid serta tandukan oleh Corbin Ong, namun segalanya masih lagi tidak cukup untuk untuk diubah dalam bentuk gol.

Separuh masa kedua menyaksikan Liridon dibawa masuk oleh Kim Pan-gon untuk memperkukuhkan bahagian tengah Malaysia supaya ada perubahan dapat dibuat skuad kebangsaan bagi mencari gol penyamaan.

Malaysia berjaya memperoleh sepakan penalti pada awal separuh masa kedua setelah gerakan yang cuba dicipta Safawi Rasid dalam petak gol telah dikasari oleh pemain lawan.

Namun pemain sayap negara itu mensia-siakan peluang apabila peluang penalti yang diambil oleh Safawi sekadar menyinggah palang gol Singapura untuk terus memberi memberi kedukaan dalam kem negara pada minit ke-47.

Pemain gantian, Liridon Krasniqi berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-57 setelah Akhyar Rashid bijak membuat lorongan dari tengah untuk disempurnakan oleh pemain naturalisasi tersebut dan menewaskan Hassan Sunny yang sebelum itu sangat cemerlang menepis segala bentuk serangan Malaysia.

Malaysia terus meningkatkan intensiti permainan apabila beberapa serangan berbahaya berjaya dilancarkan skuad negara untuk terus memberi tekanan buat tuan rumah yang lebih banyak berkumpul di kawasan sendiri bagi mengelak terus dibolosi.

Kemasukan Arif Aiman dan Faisal Halim nyata berjaya memberi impak yang bagus di bahagian serangan untuk Malaysia lebih tajam dan kreatif. Tetapi masih belum ada sebarang gol kedua terhasil buat pasukan kebangsaan.

Singapura terus menambah duka buat pasukan kebangsaan apabila gol kedua berjaya dilakar mereka pada minit ke-76 menerusi gerakan lincah Ikhsan Fandi yang berjaya mengelirukan tiga pertahanan negara sebelum disudahkan dalam bentuk gol dari sebelah kanan skuad Harimau Malaya.

Keputusan kekal sehingga wisel penamat dibunyikan oleh pengadil dengan dua gol daripada Ikhsan Fandi memadam terus hasrat Malaysia untuk meraih kemenangan kedua berdepan tuan rumah malam ini.

Beberapa perkara nyata perlu dikaji dengan baik oleh Kim Pan-gon sebelum saingan Kelayakan Piala Asia berlangsung pada pertengahan tahun ini dalam terus membina skuad terbaik Harimau Malaya supaya kembali digeruni.

Kesebelasan utama Singapura

Hassan Sunny (Penjaga Gol)

Zulqarnaen Suzliman

Nazrul Nazari

Song Uiyoung

Shahdan Sulaiman

Ikhsan Fandi

Taufik Suparno

Harris Harun (Kapten)

Irfan Fandi

Safuwan Baharudin

Zulfahmi Arifin

Kesebelasan utama Malaysia

Farizal Marlias (Penjaga Gol)

Dion Cools

Shahrul Saad

Aidil Zafuan (Kapten)

Safiq Rahim

Safawi Rasid

Syamer Kutty Abba

Kogileswaran Raj

Akhyar Rashid

Syafiq Ahmad

La’vere Corbin-Ong

Ikuti kami di TikTok!

Semuanya BOLA akhirnya telah tiba di TikTok! Ikuti akaun TikTok kami untuk dapatkan info ringkas dan santai mengenai bola sepak dalam bentuk video pendek sekarang.

Jom buat ramai di sana dengan ikuti di tiktok.com/@mysemuanyabola sekarang!

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN