“Kalau Dia Boleh, Awat Saya Tak Boleh Kan?” – ‘The Next Syafiq Ahmad’, Hasri Firzan Yang Kini Menyerlah Di Manjung City

Melihatkan masalah skuad kebangsaan ketika tumbang kepada Singapura di Tri-Nations Series selepas Syafiq Ahmad dikeluarkan membuatkan penulis teringat kepada ‘The Next Syafiq Ahmad’ di Kedah, Hasri Firzan.

Kebetulan Hasri Firzan menampilkan prestasi yang baik bersama Manjung City pada musim ini dengan semalam berjaya meledak gol pertama beliau sepanjang bersama kelab tersebut di Liga M3.

Manjung City setakat ini berada dalam landasan yang terbaik apabila berada di puncak Kumpulan A dalam saingan Liga M3 musim 2022 setelah cemerlang menewaskan Sains FC semalam.

Hasri sebelum ini merupakan salah satu bakat yang diharapkan menjadi pengganti Syafiq Ahmad setelah prestasinya sewaktu bersama skuad Belia Kedah berjaya meninggalkan impak yang positif.

Jika dinilai dari segi corak permainan, nyata aksi yang dipamerkan Hasri merupakan sesuatu yang amat diperlukan dalam skuad kebangsaan ketika ini di bahagian serangan.

Pemain baka ‘false 9’ seperti Syafiq tidak banyak boleh didapati dalam negara dan pembangunan Hasri adalah sesuatu yang diperlukan skuad tersebut dalam membentuk penyerang dari Kedah itu sebagai solusi masa hadapan skuad kebangsaan di posisi penyerang.

Kredit: Kedah Darul Aman FC

Setakat ini, Hasri berada dalam landasan yang baik untuk membentuk dirinya menjadi seorang penyerang yang berpotensi setelah mempamerkan rentak permainan yang memberansangkan termasuk aksi cantik beliau yang meledak gol sulung pada perlawanan semalam apabila Manjung City berjaya menewaskan Sains FC dengan keputusan 2-0.

Menurut Issamudin Ibrahim selaku COO Manjung City, beliau akui kelibat penyerang itu saban hari mempamerkan peningkatan dari segi ketajaman dan kelincahan pada sesi latihan.

Dan gol semalam bukti improvisasi yang telah dipamerkan Hasri sebelum ini untuk menyakinkan staf kejurulatihan agar terus meletakkan beliau selaku penyerang utama pasukan.

Kredit: Manjung City FC

“Hampir dua tahun Hasri tidak beraksi atas padang kerana masalah kecederaan Anterior Cruciate Ligament (ACL).

“Kami di Manjung City memberi Hasri peluang agar kembali menyerlah dalam sukan bola sepak setelah tidak mendapat peluang di Kedah.

“Alhamdulillah, dia semakin bagus. Purata pemain kami semuanya bawah usia 25 tahun dan Hasri adalah salah seorang pemain yang sentiasa berusaha gigih, berdisiplin, dan sentiasa ingin memajukan diri,” jelas Issamudin.

Menurut Hasri pula, beliau nyata berpuas hati apabila berjaya meledak gol sulung bersama pasukan apatah lagi sebagai penyerang, dia merasakan sesuatu yang tidak kena jika tidak meledak jaringan.

Tambah beliau, setelah berhasil meledak gol, motivasinya kini meningkat untuk terus mempamerkan sesuatu yang positif bersama pasukan.

“Saya letak sasaran untuk ledak lebih banyak gol bersama pasukan dan seterusnya membantu Manjung City layak ke saingan Liga Premier musim hadapan.

“Segalanya terbaik di sini. Saya ada pengurusan, jurulatih, dan rakan pasukan yang sentiasa bersama-sama saling membantu untuk memajukan diri,” ujar Hasri.

Dalam masa sama ketika disoal gaya permainan beliau yang seakan Syafiq Ahmad di atas padang dan ditanya mengenai sama ada mampu atau tidak menjadi seperti pemain kebangsaan tersebut, jelas Hasri tiada yang mustahil untuk dirinya selaku pemain yang sama posisi di bahagian serangan.

“Kalau Syafiq boleh kenapa saya tak boleh kan? Saya pun idam aksi yang lebih baik dan mahu mengatasi Syafiq kalau boleh,” terang Hasri dengan semangat.

Akhir sekali Hasri juga mengucapkan ribuan terima kasih buat semua yang menyokong beliau dan pasukan. Tekadnya, mereka akan memberi lebih baik dari segi aksi dalam setiap perlawanan.

Ikuti kami di TikTok!

Semuanya BOLA akhirnya telah tiba di TikTok! Ikuti akaun TikTok kami untuk dapatkan info ringkas dan santai mengenai bola sepak dalam bentuk video pendek sekarang.

Jom buat ramai di sana dengan ikuti di tiktok.com/@mysemuanyabola sekarang!

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN