Quantcast

BERITA

Mbappe Elak Jawab Soalan Wartawan Mengenai Perpindahan Ke Real Madrid

Kylian Mbappe enggan menjawab soalan yang menjurus kepada spekulasi beliau akan menyertai Real Madrid pada musim panas ini apabila ditanya wartawan.

Penyerang berusia 20 tahun itu sebaliknya berkata ‘kini belum masanya bercakap mengenai Real Madrid’ selepas membantu negaranya menewaskan Andorra 4-0 di perlawanan kelayakkan Euro 2020 semalam.

ANDORRA LA VELLA, ANDORRA – JUNE 11: Kylian Mbappe of France scores his team’s first goal past Josep Gomes of Andorra during the UEFA Euro 2020 Qualification match between Andorra and France on June 11, 2019 in Andorra la Vella, Andorra. (Photo by David Ramos/Getty Images)

Laporan di eropah mengaitkan Mbappe dengan perpindahan ke La Liga – dan perbincangan dikatakan sudah dimulakan diantara Real Madrid dan Paris Saint-Germain (PSG) – setelah sebelum ini beliau sendiri pernah berkata kini bersedia dengan projek dan cabara baharu.

Namun ketika ditanya wartawan mengenai spekulasi tersebut, Mbappe jelas sekali enggan memberikan sebarang jawapan mengenai kemungkinan perpindahan tersebut.

“Sekarang bukan masanya bercakap mengenai Real Madrid. Anda selalu bertanya soalan yang sama kepada saya. Tetapi ini bukan masa yang sesuai,” ujar Mbappe ketika menjawab soalan wartawan selepas pertemuan menentang Andorra.

Mbappe menjaringkan gol pertama untuk Perancis untuk menjadikan jumlah jaringan terkumpul untuk kelab dan negara kepada 100 gol.

Bekas penyerang Monaco itu memecah kebuntuan pada minit ke-11 perlawanan, selepas tenang menolak masuk bola melewati jangkauan penjaga gol lawan, Josep Gomes.

Tiga lagi jaringan oleh Perancis dihasilkan oleh Wissam Ben Yader dan Floran Thauvin pada babak pertama, sebelum Kurt Zouma melengkapkan kemenangan mudah 4-0 pada babak kedua permainan.

Kemenangan tersebut mengekalkan Perancis di tangga teratas Kumpulan H dengan tiga kemenangan – selepas dikejutkan Turki dengan kekalahan 2-0 sebelum itu.