Tawaran £340,000 Seminggu Oleh PSG Buat De Ligt Pening

Kapten Ajax, Matthijs de Ligt telah ditawarkan kontrak selama lima tahun dengan pendapatan £340,000 seminggu oleh Paris Saint-Germain. Pemain pertahanan Belanda itu kini dikatakan sedang mempertimbangkan hala tuju, dan kelab yang beliau akan sertai untuk saingan musim hadapan.

Menurut laporan dari The Guardian, juara Ligue 1 musim lalu itu telah melakukan bidaan bernilai €70 juta beserta beberapa tawaran lain dalam bentuk bonus kepada Ajax untuk pemain tersebut.

Ajax tidak mempunyai masalah untuk melepaskan De Ligt pada musim panas ini, namun Ajax menyerahkan kepada pemain itu sendiri mengenai kelab yang beliau akan sertai.

Cemerlang bersama Ajax pada musim ini, pemain pertahanan berusia 19 tahun itu membantu kelab Belanda itu muncul juara Eredivisie dan trofi domestik – untuk kejuaraan berganda.

Kemaraan Ajax sehingga ke separuh akhir UEFA Champions League sebelum dinafikan oleh Tottenham Hotspur membuatkan De Ligt menjadi buruan kelab-kelab utama eropah.

Di peringkat antarabangsa, De Ligt juga cemerlang membantu negaranya mara ke perlawanan akhir UEFA Nations League – sebelum ditewaskan 1-0 oleh Portugal.

Barcelona, Manchester United, Liverpool, dan Juventus adalah antara beberapa kelab yang dikatakan berminat untuk mendapatkan khidmat permain ini.

Ejen kepada pemain itu, Mino Raiola dikatakan sudah menemui wakil dari PSG, dan kini De Ligt dikatakan menunggu sama ada kelab-kelab lain seperti dinyatakan di atas akan menaikkan tawaran masing-masing untuk bersaing dengan PSG.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN