Pengurus Chelsea, Maurizio Sarri mengakui kesilapan percaturan ketika bertemu Liverpool dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) malam tadi menjadi punca kekalahan pasukannya.
Chelsea tewas 2-0 pada perlawanan itu yang menurut Sarri, berpunca daripada kegagalan anak buahnya mengawal bahagian pertahanan.
“Percaturan kami adalah bermain sehingga 25 minit terakhir dengan kekal jaringan 0-0, kerana sudah tentu mereka memerlukan kemenangan, dan kami tahu kami dapat menemui banyak ruang pada waktu itu.”
“Tetapi mereka sangat sukar untuk ditangani. Anda tahu mereka boleh meneruskan di awal 10 minit pertama yang sangat kuat dan daya kekuatan tinggi. Kami melakukannya pada separuh pertama, tetapi pada separuh masa kedua baris pertahanan kami terlalu rendah.”
Berubah
Kekalahan tersebut menyaksikan usaha Chelsea untuk memburu kedudukan carta empat pasukan terbaik liga berdepan kesukaran dengan kedudukan mereka boleh dirampas Manchester United dan Arsenal yang beraksi lebih lewat.
Keputusan tersebut juga membuktikan bahawa prestasi Chelsea pada ketika ini tidak konsisten selepas mencatatkan rekod menang-menang-kalah dalam tiga perlawanan EPL terakhir.
Mengulas mengenai hal tersebut, Sarri bagaimanapun berkata, Chelsea sudah kembali menunjukkan perubahan walaupun hasil dari perlawanan menentang Liverpool tidak begitu memuaskan.
Beliau membuktikan kenyataannya itu dengan menjelaskan kedudukan Chelsea pada ketika ini yang sudah naik berada ditangga ke-4 liga.
“Di EPL, tahapnya sangatlah tinggi.”
“Untuk mengejar jarak dengan Manchester City dan Liverpool adalah sangat-sangat sukar. Tetapi jarak kami sekarang dengan pasukan lain [Totteham Hotspur, Man. United dan Arsenal] sangat dekat.”