Vinicius Jr Akui Zidane Seorang Pengurus Yang Bijak Mengatur Pemain

Zidane

Pemain muda sensasi, Vinicius Junior mengakui betapa hebatnya pengaruh Zinedine Zidane di Real Madrid.

Beliau berkata sedemikian selepas melihat pengurus kelahiran Perancis itu berjaya memberikan impak perubah yang positif dari segi struktur pasukan.

Menurutnya, Zidane adalah seorang pengurus yang bijak dalam mengatur pemainnya dengan adil, selain tidak pernah mengetepikan pemain yang berdepan kecederaan dalam skuadnya.

Vinicius sedang bergelut dengan kecederaan buku lali kanan dan dijangka akan pulih sepenuhnya pada bulan hadapan.

Beliau terlibat dalam insiden selepas dikasari pertahanan lawan, Noussair Mazraoui ketika menentang Ajax dalam aksi Liga Juara-Juara, awal Mac lalu.

MADRID, SPAIN – MARCH 05: Vinicius Jr. of Real Madrid controls the ball during the UEFA Champions League Round of 16 Second Leg match between Real Madrid and Ajax at Santiago Bernabeu on March 5, 2019 in Madrid, Spain. (Photo by TF-Images/Getty Images)

Bagaimanapun, situasi itu tidak mencemaskan Vinicius kerana beliau percaya kedudukannya dalam skuad utama tidak akan terjejas.

“Saya tahu Zidane memberi kesempatan pada setiap pemain. Sekarang kami sedang mempersiapkan diri untuk musim depan.”

“Saya dalam keadaan tenang ketika ini kerana saya tahu apabila saya sudah pulih [dari cedera] nanti, kesempatan saya untuk bersinar bakal muncul semula.”

Gementar

Terdahulu, Vinicius turut mengaku dimana beliau sedikit terkejut dengan keputusan kelab yang memangil semula Zidane kembali ke Santiago Bernabeu.

MADRID, SPAIN – MARCH 11: Zinedine Zidane is unveiled as new Real Madrid manager at Estadio Santiago Bernabeu on March 11, 2019 in Madrid, Spain. Zinedine Zidane returns as Real Madrid manager just 10 months after leaving the Spanish club. (Photo by Denis Doyle/Getty Images)

Beliau melihat seluruh warga kelab menaruh harapan yang begitu tinggi pada kepulangan semula Zidane. Bahkan Vinicius mendapati apabila pengurus itu berbicara pada umum, ramai pihak termasuk pemain akan memberikan fokus sepenuhnya pada ucapan yang diperkatakan.

“Ketika lelaki seperti itu [Zidane] – yang sudah pernah bermain di peringkat yang begitu tinggi – berada di bangku simpanan dan mengatakan apa pun, anda pasti bakal memerhatikannya, bukan begitu?”

“Kadang-kadang kami sedikit gementar ketika kami berbicara dengan dia. Dia melakukan segalanya untuk anda, jadi anda hanya perlu memikirkan soal bermain bola sepak.”

Leave a Reply