Maurizio Sarri: Ketumpulan Ronaldo & Pemain Lain Amat Mengecewakan

Maurizio Sarri
All Newcastle's goals en route to the Carabao Cup final Loading official content
All Newcastle's goals en route to the Carabao Cup final
Take a look back at Newcastle United’s run to the 2025 Carabao Cup final with all their goals en route to Wembley.
0 seconds of 1 minute, 14 secondsVolume 0%
Press shift question mark to access a list of keyboard shortcuts
Next Up
Ronaldo, Mané, Durán score as Al-Nassr thump Al-Kholood
02:56
00:00
01:14
01:14
 
Teruskan Menonton
Video Seterusnya Ronaldo, Mané, Durán score as Al-Nassr thump Al-Kholood Slot: 'Quansah's mentality has grown' Behind the scenes: Bayern's deserved victory at Bayer Leverkusen Romero, Bentancur, Kulusevski recognized after 100 Spurs appearances Mourinho: 'We all know we were the better team' Isak's Carabao Cup goals against Arsenal and Chelsea Joshua Kimmich extends his Bayern contract Behind the scenes: PSG's magical night at Anfield Bayern's new anthem – goosebumps at the Allianz Arena Lihat lebih video Newcastle United di OneFootball

Pengurus Juventus, Maurizio Sarri mengakui Cristiano Ronaldo dan anak buahnya yang lain berdepan masalah kurang ketajaman di hadapan gol yang menyaksikan skuad The Old Lady kecundang pada perlawanan akhir Coppa Italia berdepan Napoli, awal pagi tadi.

Aksi 90 minit perlawanan menyaksikan kedua-dua pasukan terikat tanpa jaringan dan pemenang terpaksa ditentukan menerusi penentuan sepakan penalti.

Malang menimpa skuad gergasi Itali itu apabila dua sepakan awal mereka gagal disudahkan oleh Paulo Dybala dan Danilo. Rembatan Dybala berjaya ditepis penjaga gol, Alex Meret dan sepakan Danilo pula melewati palang gol.

Manakala, empat pemain Napoli, Lorenzo Insigne, Matteo Politano, Nikola Maksimovic dan Arkadiusz Milik tidak berdepan masalah untuk menyempurnakan peluang sekaligus menghadiahkan kemenangan pertama buat Napoli sejak tahun 2013.

Kekalahan itu turut mengulangi kekecewaan Juventus yang tewas pada aksi final saingan musim lalu di tangan Lazio.

Melihatkan kepada kegagalan anak buahnya menjaringkan gol, Sarri menegaskan ketumpulan penyudah menjadi masalah buat skuad bimbingannya itu.

”Dia [Cristiano Ronaldo] berada dalam keadaan yang sama seperti rakan sepasukannya yang lain, seperti Paulo Dybala dan Douglas Costa, dia kekurangan ketajaman untuk melakukan kerja dengan baik buatnya.”

”Saya tidak banyak bercakap dengan pemain selepas tamat perlawanan tersebut. Saya sangat marah dan kecewa, sama seperti mereka, jadi pada ketika ini langkah yang terbaik adalah dengan kekal mendiamkan diri.”

”Kami akan bercakap pada esok pagi,” ujar Maurizio Sarri menurut laporan dikeluarkan Goal.

Hanya selepas mengharungi dua perlawanan sebaik sahaja aksi di Itali kembali bersambung, Juventus masih belum berupaya untuk menjaringkan sebarang gol dan ia nyata menggusarkan Sarri dan seluruh peminat mereka.

Kredit featured image: Daniele Badolato – Juventus FC/Juventus FC via Getty Images

Baca artikel lain dari kami mengenai Juventus:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN