Gambar (di atas) diambil ketika aksi Piala Dunia edisi 1994 di Amerika Syarikat, merupakan salah satu gambar ikonik dalam dunia bola sepak.
Penyerang Brazil, Jose Roberto Gama de Oleiveira atau lebih dikenali sebagai Bebeto meraikan jaringan dengan gaya membuai bayi sebagai tanda menyambut kelahiran anak ke-3 beliau.
Brazil vs Belanda, Suku Akhir Piala Dunia 1994
Dalam perlawanan peringkat suku akhir Piala Dunia 1994, Brazil mendahui pada minit ke-53 perlawanan hasil jaringan Romario.
Bebeto kemudiannya menjaringkan gol pada minit ke-63 untuk Brazil selesa di hadapan dengan jaringan 2-0.
Anda boleh saksikan jaringan Bebeto dan gaya keraian bersama dengan Romario dan Mazinho dalam klip di bawah.
https://www.youtube.com/watch?v=sbhaDnd-5kg
Sejurus selepas Bebeto dan rakan-rakan melakukan keraian ikonik tersebut, Dennis Bergkamp merapatkan kedudukan untuk Belanda.
Gol Aron Winter pada minit ke-76 perlawanan, menyamakan jaringan untuk Belanda untuk mengikat saingan dengan jaringan 2-2.
Gol kemenangan Brazil dijaringkan oleh Branco untuk Brazil mara ke peringkat separuh akhir. Brazil menewaskan Italy di perlawanan akhir melalui sepakan penalti untuk muncul sebagai juara dunia.
Perlawanan akhir tersebut lebih diingati dengan kegagalan Roberto Baggio menyempurnakan sepakan penalti untuk penentuan gelaran juara.
Mattheus Oliveira
Selepas hampir 23 tahun, kelahiran bayi yang mencetuskan keraian ikonik daripada Bebeto dan rakan-rakannya bersedia untuk tampil sebagai antara pemain terhebat dunia seperti ayahnya satu ketika dulu.
Mattheus Oliveira, anak ke-3 Bebeto menyertai Sporting Lisbon untuk mengembangkan kariernya. Beliau beraksi untuk satu lagi kelab Portugal, Estoril sebelum perpindahan tersebut.
Oliveira adalah seorang pemain tengah yang gemar mendapatkan bola dan kreatif mencipta ruang dan peluang.
Beliau turut dirisik oleh beberapa buah kelab terkemuka di eropah, tetapi memilih untuk menyertai kelab yang turut pernah memberi peluang kepada pemain seperti Cristiano Ronaldo satu masa dahulu.
“Saya memilih Sporting Lisbon kerana kehebatan kelab ini,” menurut kenyataan Oliviera yang dipetik daripada laman sesawang kelab Sporting.
“Saya amat gembira diberikan peluang oleh Sporting. Saya tidak perlu berfikir banyak untuk menerima tawaran ini.”
“Kelab ini mempunyai sejarah yang hebat selain pemain terkemuka yang pernah beraksi di sini. Saya turut mahu menempa sejarah bersama-sama Sporting Lisbon.” ujar Mattheus Oliveira lagi.
Bebeto Bangga Akan Anaknya
Bebeto tidak ketinggalan menampilkan kegembiraannya akan pencapaian Mattheus Oliviera. Dalam satu tweet di Twitter, Bebeto dipetik (diterjemah) sebagai berkata:
“Saya berbangga dengan anda, anak ku!!! Teruskan bekerja keras dengan kerendahan hati, anda akan pergi lebih jauh!! Satu hari nanti, nama anda akan tercatat sebahgai satu lagi sejarah hebat Sporting!!”
Mt orgulho de vc meu filho!!! Continue trabalhando forte e com humildade que vc vai longe!! Q vc possa entrar na história do @Sporting_CP !! https://t.co/rEeFkySGKM
— Bebeto (@bebeto7) May 15, 2017
Bebeto adalah pasangan kepada penyerang terkemuka Brazil satu masa dahulu, Romario. Kedua-duanya mengetuai jentera serangan Brazil pada era pertengan 90an.
Bebeto turut pernah digandingkan dengan Ronaldo dalam rangkaian serangan samba Brazil. Setelah memenangi Piala Dunia 1994, Brazil bagaimanapun ditewaskan oleh Perancis dalam aksi final Piala Dunia 1998.