Lelaki Ini Dipaksa Berhenti Kerja Selepas Lakukan Isyarat Perli Pasukan Musuh Tradisi

Dalam dunia ini, pelbagai sebab kita boleh dikenakan buang kerja.

Ada sebab mengambil rasuah, ada juga yang kerana berprestasi tidak baik dan sebagainya.

Tapi macam mana pula anda dibuang kerja kerana perli pasukan lawan?

5-1

Di Scotland, seorang lelaki telah diminta untuk letak jawatan dari kerja beliau kerana telah memerli sebuah pasukan.

Steve Cairney, seorang petugas ketika majlis makan malam kelab Hibernian telah diminta untuk meletakkan jawatan selepas melakukan provokasi terhadap pengurus dan pemain kelab itu.

Ianya berlaku selepas Cairney yang merupakan peminat Heart of Midlothian (Hearts) pergi bergambar dengan pengurus Hibernian iaitu Neil Lennon dan penyerang Jason Cummings.

Tetapi apa yang beliau lakukan?

Cairney bergambar sambil menunjukkan simbol 5-1 yang merupakan jaringan ketika perlawanan akhir Scottish Cup 2012 diantara Hearts dan Hibernian yang memihak Hearts.

Cairney (kiri) bergambar dengan Jason Cummings (gambar kiri) dan Neil Lennon (gambar kanan)

Bagi yang tidak tahu, Hearts dan Hibernian adalah 2 musuh tradisi di Scotland yang berpengkalan di Edinburgh dan penyokong Hearts sering mengejek penyokong Hibernian dengan jaringan 5-1 itu.

Namun begitu, Lennon tidak berpuas hati dengan tindakan Cairney itu. Lantas beliau telah memberitahu pihak kelab beliau mengenai tindakan penyokong Hearts itu.

Hasilnya, Cairney telah dipaksa untuk meletakkan jawatan dari kerja yang beliau lakukan sekarang.

Isteri Cairney iaitu Susan telah meluahkan rasa tidak puas hatinya di Facebook.

“Suami saya ajak Lennon bergambar, beliau bersetuju dan suami saya buat isyarat 5-1.”

“Lennon tak puas hati dengan tindakan itu, beliau kata beliau nak laporkan hal ini kepada kelab dan beliau betul-betul lakukan.”

“Hasilnya, suami saya dipaksa berhenti kerja.”

“Yang peliknya, apabila suami saya buat isyarat yang sama terhadap Jason Cummings beliau tak marah. Beliau siap gelak lagi!”

Hibernian telah memberikan respon dengan mereka tidak akan meminta Cairney meletakkan jawatan. Hal ini kerana ianya boleh diselesaikan tanpa perlu tindakan serius diambil.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN