Analisis: Matheus Alves, Floating Attacker Dan Pakar Di Half-Space Kanan

Ketika Dollah Salleh menukar pendekatan kepada 4-4-1-1 dan menghapuskan sistem target man, itulah fasa di mana Pahang mendapat hasil yang terbaik daripada Matheus Alves.

Posisi

Alves adalah pemain no.9 moden. Beliau boleh digelar sebagai complete forward yang boleh menggelecek, mencipta peluang sendiri serta boleh menyudahkan hantaran dari rakan beliau.

Ini adalah pelan taktikal awal Dollah Salleh pada awal musim ini yang mahu mewujukan sistem 4-4-2 klasik dengan Dike dan Alves sebagai penyerang berkembar.

Sistem di atas ini mahukan lebih bola dihantar ke sisi dan pemain sisi akan terus melakukan servis kepada 2 pemain di bahagian atas.

Apa yang berlaku pada awal musim Bright Dike lebih menyerlah dengan sistem ini. Namun Alves hanya dilihat sebagai deputy kepada bekas pemain kebangsaan Nigeria tersebut.

Sistem ini akan mengurangkan peluang untuk Alves sebagai penjaring utama.

Perubahan sistem berlaku sekitar Februari selepas mereka kehilangan Dike kerana masalah kecederaan.

Dollah Salleh menemui 4-4-1-1

Dalam perlawanan menentang Melaka pada 17 Februari, Pahang menurunkan Alves dan Ashaari Shamsuddin di bahagian serangan.

Pada ketika ini Dollah Salleh sudah melihat bahawa Alves adalah pemain yang tidak gemar terlalu berada di bahu pertahanan lawan sebagai target man klasik.

Gandingan Alves dan Ashaari telah mencetuskan panik kepada pasukan Melaka yang sukar mengenakan kawalan ke atas penyerang Pahang.

Lihat kedudukan posisi Alves dan Ashaari yang berada di zon 3/4 kawasan padang. Saya suka gelar ia di sempadan final third.

Tiada pemain yang menunggu di zon yang terlalu tinggi sepanjang masa seperti sistem target man klasik.

Dalam perlawanan menentang PKNS selepas itu, mereka menggunakan pendekatan yang sama dan Pahang menang 3-0.

Meskipun kemudian mereka tewas kepada JDT, Alves tetap menjadi ancaman utama dengan sistem ini.

Kemudian dalam perlawanan Piala FA ketika di Kuantan, ia adalah testimoni terkuat sistem ini memang sistem kegemaran Alves.

Anda boleh luangkan masa analisis perlawanan Pahang vs JDT (Piala FA – Suku Akhir 1).

Peranan Alves yang suka turun ke bawah (drop deep) di bahagian half space menyukarkan pertahanan JDT untuk mengekang beliau.

Kepada yang kurang pasti di mana zon half space, ini adalah gambarannya.

Pada masa yang sama Afiq Fazail kerapkali berjuang seorang diri di zon 14. Ini antara contoh bagaimana Alves drop deep di half-space kanan.

Ketika ini mereka menggunakan Joseph Kalang Tie sebagai no.10. Anda boleh bayangkan Alves bermain seperti peranan Griezmann di Atletico Madrid.

Ia adalah sistem floating yang sukar untuk dikenakan kawalan. Sesebuah pasukan perlu menyediakan pelan zonal marking dengan kawalan ruang yang berkesan.

Ini juga memerlukan sistem pressing yang digerakkan dengan baik ketika taktikal bertahan.

Setiap kali Alvies turun ke bawah di half-space, beliau memudahkan pemain di belakang untuk melakukan hantaran kepada beliau.

Pada masa yang sama dia boleh menjadi outlet atau pemberi bola kepada pemain di koridor kiri dan kanan beliau Dan tidak lupa beliau boleh bermain 1-2 dengan pemain pemain ini dengan segera.

Ketika Dollah Salleh menggunakan sistem 4-1-4-1 dalam perlawanan menentang Negeri Sembilan, baru-baru ini, anda akan dapati Alves sukar untuk memberikan lebih baik.

Karakter

Dari segi karakter pemain ini, ia adalah sangat penting untuk memastikan beliau boleh bermain peranan ini dengan efektif.

Kerajinan di dalam padang adalah penting. Namun rajin sahaja tidak cukup jika Alves tiada kemampuan untuk membaca perlawanan.

Ini aspek yang sangat penting, beliau mampu membaca perlawanan dan  boleh mencari serta mencipta ruang. Ini yang memudahkan Sumareh dan pemain lain bermain fluid football.

Alves juga ada sikap tidak suka menyimpan bola terlalu lama. Sikap beliau yang suka melepaskan hantaran awal kepada pemain lain adalah aspek yang penting. Ia biasanya hantaran serangan (forward passes).

Untungnya Alves kerana kebanyakan pemain di sekitar beliau seperti Sumareh, Kalang Tie termasuk sokongan dari belakang oleh Azam Azih serta Syamim, kesemua mereka adalah team players.

Wan Zaharulnizam pula perlu meningkatkan lagi aspek permainan berpasukan ini.

Sistem ini membuatkan Pahang kadangkala bermain strikerless di bahagian atas. Penyerang mereka sebenarnya menyerang dari deeper zone.

Saya melihat Ashaari Shamsuddin sebagai pasangan paling ideal untuk Alves. Namun harus akur bahawa pemain ini bukanlah pemain yang boleh bermain 90 mini dalam setiap perlawanan dek kerana faktor usia.

Ashaari Shamsuddin, Alves (Pahang) /Photo: Asiana.my

Dollah Salleh perlu mencari inisiatif untuk mencari pemain tipikal Ashaari Shamsuddin untuk digandingkan dengan Alves.

Saya mendengar Dollah Salleh sudah mendapat gandingan baru untuk Alves. Harap Dollah Salleh kekal dengan sistem positioning Alves.

Selamat maju jaya di final Piala FA 2017 Alves.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN