AFC Tunda Lagi Kelayakkan Piala Asia Antara Malaysia Dan Korea Utara

Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) sebentar tadi mengumumkan penundaan perlawanan Pusingan Akhir Kelayakan Piala Asia 2019 di antara Malaysia dan Korea Utara.

Perlawanan tersebut ditetapkan ke tarikh baharu, iaitu pada Khamis, 5 Oktober 2017.

Perlawanan pusingan akhir kelayakkan Piala Asia di antara kedua-dua buah negara dijadualkan berlangsung pada 28 Mac yang lalu.

(Photo credit should read LILLIAN SUWANRUMPHA/AFP/Getty Images)

Ia ditunda akibat ketegangan politik yang berlaku di antara kedua-dua buah negara bersabit pembunuhan Kim Jong Nam. Kim Jong Nam adalah abang tiri kepada pemimpin utama Korea Utara, Kim Jong Un.

Ketegangan politik antara kedua-dua buah negara menyebabkan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) memohon kepada AFC agar perlawanan tersebut diadakan di gelanggang berkecuali.

Bagaimanapun, AFC tidak menerima sebarang maklum balas daripada pihak Korea Utara dan menetapkan agar perlawanan diteruskan pada 8 Jun akan datang di Pyongyang.

Menurut AFC, keputusan untuk meneruskan perlawanan tersebut di Pyongyang dilakukan setelah mengambil kira jurifikasi tiada sekatan daripada Putrajaya untuk rakyat Malaysia berkunjung ke negara republik berkenaan.

(Photo credit should read JUNG YEON-JE/AFP/Getty Images)

Pengumuman oleh AFC pada 15 Mac yang lalu lantas mendapat reaksi daripada Presiden FAM, DYAM Tunku Mahkota Johor,

Baginda bimbang akan keselamatan dan kewujudan unsur sabotaj terhadap pemain dan pegawai pasukan yang akan ke Pyongyang untuk perlawanan tersebut.

Menurut kenyataan dari laman sesawang AFC, badan induk bola sepak Asia itu akan meneruskan pemantauan terhadap isu keselamatan untuk tujuan jaminan keselamatan perlawanan-perlawanan di bawah anjuran AFC yang dilangsungkan di Pyongyang.

Perlawanan lain yang turut dijadualkan di negara republik berkenaan dalam masa terdekat ialah pertandingan Piala AFC membabitkan kelab Kigwancha SC (Korea Utara) menentang Erchim FC (Mongolia) pada 31 Mei 2017.

AFC turut akan memantau perkembangan di negara berkenaan untuk perlawanan membabitkan Pusingan Kelayakkan AFC B-23 yang dijadualkan berlangsung di Korea Utara pada 19-23 Julai 2017 sebagai negara tuan rumah.

 (Photo credit should read TED ALJIBE/AFP/Getty Images)

Pengumuman terbaru ini pasti sesuatu yang melegakan buat kem Malaysia. Penundaan ke tarikh 5 Oktober akan memberi lebih masa untuk Ketua Jurulatih Harimau Malaya yang baharu untuk mengatur ramuan terbaik skuad negara memburu kemenangan.

Nelo Vingada, Ketua Jurulatih baharu skuad kebangsaan Malaysia diumumkan perlantikan beliau pada Isnin yang lalu. Vingada akan memulakan tugas secara rasmi bersama skuad kebangsaan mulai 25 Mei 2017.

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN