Juventus telah mengambil keputusan memcat Massimiliano Allegri meskipun pengendali berusa 51 tahun itu masih mempunyai baki kontrak setahun lagi.
Biarpun Allegri berjaya membantu Juventus menjuarai Serie A musim ini, ianya masih tidak dapat menjamin kedudukan beliau untuk kekal sebagai pengurus di Turin.
Namun, disebalik kesedihan yang dialami, Allegri tampil memberi penjelasan mengenai situasi yang dihadapi demi mempertahankan ‘maruah’ beliau yang tercalar selepas dipecat.
Dalam ucapannya di sidang media, Allegri cuba mengatakan yang pihak tertinggi Juventus telah mengambil tindakan melulu memecatnya dengan hanya menilai prestasi Juventus dalam saingan Liga Juara-Juara.
🗣🎙RECAP ⎮Agnelli: ‘Here to celebrate Allegri’
➡️https://t.co/nEydiQTnHv#GrazieAllegri pic.twitter.com/quzJjCVOxa
— JuventusFC 🇬🇧🇺🇸 (@juventusfcen) May 18, 2019
Ramai cedera
Allegri membicarakan tentang perjalanan Juventus dalam saingan Liga Juara-Juara musim ini. Beliau mengatakan bahawa faktor kecederaan menjadi penyebab utama kegagalan Juventus untuk memenuhi kehendak dari pihak atasan.
Isu pemecatan Allegri ini mula tercetus apabila lembaga pengarah mengkritik kegagalan Juventus melepasi suku akhir Liga Juara-Juara buat musim kedua berturut-turut, biarpun kelab sudah membeli Cristiano Ronaldo dari Real Madrid musim panas lalu.
“Liga Juara-Juara sangat sukar, kami bermain dua perlawanan menentang Ajax dengan ramai pemain yang cedera. Saya tidak akan mengatakan bahawa selepas Atletico, kami terpaksa membuat pilihan, tetapi saya perlu memberi tumpuan kepada Serie A”
“Kejayaan menentang Atletico seperti sesuatu yang tidak boleh diulangi, kecuali bagi Liverpool apabila melakukannya ketika menentang Barcelona.”
Keutamaan
Allegri turut menjawab kritikan dari beberapa pihak yang mendakwa beliau hanya memfokuskan perebutan gelaran Serie A berbanding Liga Juara-Juara.
“Musim ini di mana anda mempunyai banyak masalah kecederaan, anda harus mengaturkan apa yang akan terjadi seterusnya dan fokus pada keutamaan.”
“Keutamaan kami adalah memenangi gelaran Scudetto [Serie A]. Orang sekeliling terus bertanya kepada saya soal pertemuan dengan Atletico Madrid, tetapi saya sedang memikirkan Bologna.”
“Apabila anda mempunyai pasukan yang besar seperti yang anda mahukan, anda perlu membuat pilihan.”
”Saya fikir kami mempunyai 37 barisan yang berlainan dalam tempoh 38 minggu, kerana saya perlu melakukan pertukaran, mendapatkan semua pemain yang terlibat untuk kekal bersesuaian.”
“Orang kata ianya mudah untuk menang, tetapi sudah tentu tidak, terutama untuk kali kelapan berturut-turut, pemain yang membuat semuanya kelihatan lebih mudah.
“Pasukan mampu menjalani Liga Juara-Juara yang luar biasa, ada perkembangan dari dalam dan luar padang. Saya percaya kunci untuk melangkah ke perlawanan akhir Liga Juara-Juara adalah gembira tanpa ada rasa kebimbangan.”
Pengganti
Apabila Juventus mengumumkan memecatan Allegri bersama kelab itu, banyak khabar angin mula mengaitkan nama beberapa pengurus terkenal yang akan menggantikan tempat beliau.
Antara calon pengurus yang disebut adalah Antonio Conte, Maurizio Sarri, Sinisa Mihajlovic, Simone Inzaghi dan Pep Guardiola.
Allegri sempat disoal wartawan dalam sidang media – siapakah calon yang menjadi pilihan bagi mengisi kekosongan beliau selepas ini.
Allegri enggan memberi nama, namun beliau berkata, “Kelab [Juventus] tentu akan membuat pilihan terbaik untuk mencari pengganti dan meneruskan skuad pemenang ini.”
Perlawanan bertemu Atalanta di Turin semalam merupakan perlawanan terakhir bagi Allegri.
Sepanjang lima musim mengendali Juventus, Allegri telah memperoleh kejayaan dengan membantu Old Lady meraih 11 trofi termasuk menerima anugerah Pengurus Terbaik Tahunan pada musim 2017/18.