Mason Greenwood Mohon Maaf Gagal Kawal Nafsu

Mason Greenwood England Maaf

Penyerang muda Manchester United, Mason Greenwood telah memohon maaf di atas tindakan memalukan sehingga melanggar peraturan kuarantin mengikut protokol pencegahan COVID-19 ketika tugasan antarabangsa bersama skuad England di Iceland.

Dalam beberapa rakaman video yang ditularkan, Greenwood dan pemain tengah Manchester City, Phil Foden didapati menjemput seorang wanita ke bilik hotelnya selepas England menewaskan Iceland dalam perlawanan Liga Negara-Negara Eropah di Reykjavik.

Pengurus England, Gareth Southgate mengumumkan kedua-dua pemain berkenaan tidak akan bermain dalam aksi berdepan Denmark pada Selasa dan mereka perlu dipisahkan daripada pemain lain dan dihantar pulang ke England secara berasingan.

Pemain berusia 18 tahun itu yang mempamerkan aksi cemerlang bersama Untied pada musim lepas akhirnya diberi peluang untuk membuat penampilan pertama bersama skuad senior England ketika berdepa Iceland sebagai pemain gantian.

“Sekarang saya berpeluang untuk merenung semula tentang apa yang telah berlaku. Saya hanya mampu untuk meminta maaf kepada semua orang di atas perkara memalukan yang telah saya lakukan,” ujar Greenwood dalam kenyataan yang disiarkan dalam laman web rasmi United.

“Ia tindakan tidak bertanggungjawab untuk saya melanggar protokol COVID-19 yang dikuatkuasakan untuk melindungi pemain, staf dan orang awam. Beraksi untuk England adalah saat paling membanggakan dalam hidup saya dan saya hanya menyalahkan diri saya di atas kesilapan besar ini.

“Saya berjanji kepada keluarga, penyokong, Manchester United dan England yang saya akan jadikan kejadian ini sebagai pengajaran.”

Pihak Persatuan Bola Sepak (FA) England telah melancarkan siasatan penuh dan telah memohon maaf kepada Persatuan Bola Sepak Iceland dan berjanji akan mengambil tindakan saya sewajarnya kepada kedua-dua pemain tersebut.

Jurucakap Polis Metropolitan Reykjavik pula berkata pihaknya telah mengeluarkan saman sebanyak 250,000 krona (RM7,443) kepada kedua-dua pemain tersebut.

Baca juga artikel kami yang lain mengenai bola sepak Inggeris:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN