Masih Ingatkah Anda Mengenai 3 Orang Pengurus Yang Pernah Membimbing Kelab EPL Ini?

Bohonglah ada daripada kalangan kita masih tak boleh ‘move on’ dengan kelibat Frank Lampard, Steven Gerrard dan Thierry Henry sebagai pemain. Kini mereka sudah bergelar pengurus.

Begitu juga dengan Harry Kewell dan Joey Barton yang turut menjadi pengurus.

Tetapi apa agaknya kisah terkini mantan pengurus Liga Perdana Inggeris yang pernah dilihat kelibatnya di kawasan teknikal pasukan?

Ricky Sbargia

Ricky Sbargia – pengurus Sunderland yang kurang dikenali. (Photo by Matthew Lewis/Getty Images)

Ada yang kata, pasukan Sunderland terbaik abad ke-21 ketika di bawah kendalian Roy Keane. Tetapi, ramai tidak mengenali pengurus Sunderland selepas pemergian Roy Keane pada awal musim 2008/09.

Ricky Sbargia, individu dari Scotland yang ditugaskan sebagai pengurus Sunderland. Asalnya, beliau dilantik pengurus sementara kerana kecemerlangan skuadnya membuatkan kelab memberikan kontrak tetap.

Beliau meletakkan jawatan sebagai pengurus Sunderland pada penamat musim kerana berjaya menyelamatkan kelab itu tersingkir divisyen. Pada Ogos 2015, Ricky dilantik sebagai ketua jurulatih pasukan bawah-21 Scotland.

Kini, beliau menjadi jurulatih pasukan belia Manchester United.

Gary Megson

Gary Megson ketika menguruskan Bolton Wanderers. (Photo by Clive Brunskill/Getty Images)

Gary Megson juga antara pengurus yang kurang dikenali dalam Liga Perdana Inggeris.

Beliau dibawa masuk Bolton Wanderers bagi menggantikan Sam Allardyce yang berhijrah ke Blackburn Rovers. Tetapi, Gary tidak lama di Bolton.

Pada akhir tahun 2009, Bolton menamatkan kontrak beliau. Pada 2011, Gary Megson dilantik sebagai pengurus Sheffield Wednesday. Namun begitu, beliau hanya setahun di Hillsborough.

Gary dilantik sebagai pengurus sementara untuk West Bromwich Albion selepas Tony Pulis meletak jawatan pada 2017.

Paul Ince

Paul Ince bersama pembantunya, Archie Knox. (Photo by David Davies – PA Images/PA Images via Getty Images)

Ada penyokong Blackburn di Malaysia? Nampaknya anda terpaksa mengakui Paul Ince antara pengurus yang agak kurang popular bagi penyokong Rovers.

Setelah dipecat Rovers, Paul menyertai kembali Milton Keynes Dons pada awal musim 2009/10. Sebenarnya, sebelum menyertai Blackburn Rovers, Paul pernah menjawat jawatan pengurus Milton Keynes Dons.

Paul akhirnya mengambil keputusan untuk meninggalkan Dons pada akhir musim. Kali terakhir beliau dilantik sebagai pengurus ketika bersama Blackpool pada tahun 2013.

Anaknya, Tom sempat beraksi beberapa perlawanan di bawah kendalian Ince Sr.

Penutup

Tidak ramai pengurus kurang dikenali ini kekal di Liga Perdana Inggeris. Ada yang menjadi pengurus kelab bawahan atau menjadi jurulatih kelab sahaja.

Tekanan Liga Perdana Inggeris amat tinggi. Silap sedikit sahaja, satu dunia tular. Cuma, bergantung pada pasukan yang diuruskan lah!

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN