Highlight & Laporan: Napoli Bangkit Dari Ketinggalan Dua Jaringan Untuk Kecewakan Skuad Bimbingan Gattuso

Napoli

SS Napoli berjaya bangkit dari ketinggalan dua jaringan untuk mencatatkan kemenangan 3-2 terhadap AC Milan pada perlawanan Serie A yang berlangsung di Stadio San Paolo awal pagi tadi.

Pertembungan menarik diantara skuad bimbingan Carlo Ancelotti dan Gennaro Gattuso itu memperlihatkan penguasaan bola dimiliki AC Milan tetapi skuad tuan rumah dilihat lebih mencipta serangan.

Giacomo Bonaventura membuka tirai jaringan pada minit ke-15 selepas beliau yang menerima tandukan ke belakang daripada Fabio Borini, melepaskan percubaan cantik bagi menewaskan David Ospina di gawang Napoli.

Napoli memperkemaskan aksi bagi kembali menyamakan kedudukan dengan beberapa percubaan yang mencemaskan gawang pasukan pelawat, bagaimanapun, usaha tersebut masih gagal menghadirkan jaringan yang diharapkan untuk perlawanan babak pertama berakhir dengan kelebihan satu jaringan buat AC Milan.

Ketika perlawanan separuh masa kedua baru memasuki minit ke-49, The Rossoneri melebarkan kedudukan menerusi jaringan yang dicipta pemain pertahanan, David Calabria.

Mendapat hantaran dari Suso dalam kawasan penalti Napoli, pemain berusia 21 tahun terus merembat masuk bola yang gagal dihalang Ospina untuk memberikan kelebihan dua jaringan buat Milan.

Namun, ia tidak semudah yang disangka apabila Marek Hamsik dan rakan sepasukan gigih berusaha mendapatkan gol dan usaha mereka berhasil pada minit ke-53.

Piotr Zielinski berjaya memperdaya Gianluigi Donnarumma menerusi rembatan leret yang ternyata jaringan tersebut memberikan tonik berguna buat Napoli.

Pemain tengah kelahiran Poland ini sekali lagi bertindak cemerlang setelah rembatan ‘first timer’ dari luar kotak penalti ketika situasi sepakan sudut kembali menyamakan kedudukan pada minit ke-67.

Dries Mertens menggamatkan suasana di Stadio San Paolo dengan jaringan ketiga selepas beliau yang tidak dikawal dengan mudah menjadikan kedudukan 3-2 untuk akhirnya memberikan kemenangan buat skuad dengan jolokan nama ‘Partenopei Gli Azzurri’ itu.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN